Penang; Where to go꘡Lama sangat rasanya tak menjejakkan kaki di Penang, rasanya last pergi pon pada tahun 2017. Plan asalnya nak menginap di hotel. Gegeh la cari hotel mur mur di Hotel Penang tapi alhamdulillah penginapan AD di sponser berikutan kawan AD ade homestay disana. Jimat bajet beta. LOL😁 Since ini adalah kali kedua AD bercuti semenjak cik Covid datang melanda makanya staycation kali ini haruslah dirancang sebaik mungkin. Jom kita lihat antara tempat yang AD sempat jejakkan kaki sepanjang berada di Penang ini.
1. Padang Kota Lama / Esplanade
Ini merupakan hentian kami yang pertama sejurus sampai di Penang. Since kami bertolak pagi dari KL , jadi tengah hari dah sampai di Penang. Padang Kota Lama ini popular dengan mee Sotong tau. AD lebih selesa gelarkan mee sutun hee tapi serius sedap dan murah. Anda boleh pilih nak pinggan yang besar atau kecik. AD pilih besar sebab kami share je bertiga. Sekadar alas perut orang kata, sebab lepas ni nak berjalan lagi. mee sutun ni bagi AD rasa die berbeza la. Warna die pon merah bukan macam mee mamak yg biasa kita jumpa, hitam je kan. Rasa die pula kena la dengan tekak. Rasa rempah ratus tapi tak terlalu pedas dan rasa rempah tu sangat unik tau. Sangat la puas hati dapat makan disini. Sempat la juga AD pesan coconut shake dengan ABC die buat basahkan tekak kan.
INFO:
Dari padang kota lama, pengunjung dapat melihat jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feri Pulau Pinang yang berselisish membawa penumpang daripada Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pengkalan Raja Tun Uda.
2. Fort Cornwallis
Lokasinya terletak bersebelahan dengan Padang Kota lama. Namun anda akan dikenakan bayaran masuk. Dalam ini terdapat juga cafe dan kedai cenderamata. Boleh la membeli ole-ole untuk keluarga kan.
Price:
No Mycard
Adult : RM20.00
Children : RM10.00
With a Mycard :
Adult : RM10.00
Children : RM5.00
Opening Hours :
Open Daily from 9am - 10pm
Fort Cornwallis ini termasuk dalam UNESCO World Heritage attraction untuk negeri Penang. Kota Cornwallis dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light sebaik sahaja beliau berjaya mengambil alih negeri penang daripada Sultan Kedah. Kota yang dibina oleh Kapten Francis Light tersebut pada mulanya dibina dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417 kaki persegi. Tiga tahun kemudian, ia dibina semula bagi memenuhi keperluan sebagai pusat pentadbirandan pangkalan tentera sejajar dengan perkembangan kuasa empayar British di rantau ini. Batang nibong itu telah ditukar dengan menggunakan batu-bata.Buruh tahanan India yang pertama kali dibawa masuk pada tahun 1789, telah digunakan oleh Kolonel R.T. Farquhar iaitu Gabenor Pulau Pinang bagi membina semula kota ini. Kota ini siap dibina pada tahun1793 semasa perkhidmatan Norman Macalister
Address: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
3. China House
Bagi anda penggemar kek dan kopi. Wajib singgah sini. Antara salah satu kedai yang viral dan selalu penuh. Mujur time kami pi tu lengang je. Harga kek dengan size kek besar jadi bagi AD berbaloi la untuk cuba. Memang misi kami di Penang untuk jalan-jalan cari makan je. Hahah. Kek pilihan AD adalah Salted Caramel. Die punya rasa balance je antara masin dan manis. Kedai ini juga menyediakan makanan western selain daripada kek.
5. Chew Jetty
Seterusnya kami ke Chew Jetty. Angin sepoi sepoi Bahasa dengan cuaca yang redup sangat perfect la untuk sesi bergambar..psstt AD sempat lagi ha buat henna kat situ tau
info:
The clan jetty forms part of Penang Heritage Trail. Actually there used to be seven clan jetties, one was demolished by fire and then not rebuilt again to make way for other development (Koay Jetty). Now six clan jetties remain, with Chew Jetty having the longest walkway and the most number of houses built on stilts in the water.The jetties started in early 20th century as homes for Chinese fishermen in George Town. They were built as the silt and mud that line the area of Weld Quay made it impossible for boats to land during low tide. During high tide, the place appeared to be floating in water. This is also the place where Chinese dragon boat racing first took place in Penang
6. Upside down museum
Destinasi terakhir kami singgah adalah muzium terbalik. menarik byk barang,banyak gambar yang cantik..tapi sebab kan upside down dalam tu,bila keluar terus rase pening kple..nasib la terus blik lepas tu.
info:
They opened since 8 August 2015 and offer a unique experience where everything appears to be upside down. The museum mainly resembles a house but there are also cafes, if you would like to rest, and shops, maybe souvenirs, which are also upside down. The museum opens daily from 9am – 6.30pm
Jadi ini sajalah tempat yang sempat AD lawati. AD akan share mengenai tempat makan yang wajib singgah jika ke Penang di next entry okay.
15 comments
Seronoknya jenjalan Penang....bila la nak buat girls trip ni...
BalasPadamnak ikut juga kak SA..heheheh
Padambilalah nak jalan penang lagi ni huhu. lama dah x gi.
BalasPadamTu la..bln 12 cuti sekolah mana mana g pon rmai orang
PadamP.Pindang yang jarang dapat dilawati jadi tidak pernah pergi tempat-tempat AD nyatakan. Harap satu hari nanti.
BalasPadamLama nau tak singgah Padang Kota.
BalasPadamSelalu singgah Penang for nasi kandar hunting tapi tak pernah singgah kat mana2 tourist spots except for a few.
Best kan penang. Ahkak pernah buat trip naik bas sampai penang pagi lepas tu sewa kereta dan petangnya naik flight balik KL. Tujuan utama nak pi pesta buku atas kapal...almaklumle kami ni geng ulat buku le konon. Dah jemu pi pesta buku kat pwtc hah bila ada pesta buku kat atas kapal gigih pi cari. hehehehe
BalasPadamComelnya AD...ngaum
BalasPadamrumah terbalik tu dh glemer kat mana2 negeri ada kann., ;p
BalasPadamlama tk pi penang...last pegi 2014 tu pun sbb outstation keje
BalasPadamMi sotong tu memang sedap. Kek kat China House tu pun sama. Rindunya nak gi Penang. Nanti update lagi ye
BalasPadamNanti akan diusahakan jugaklah try makan kat Padang Kota Lama tu.
BalasPadampaling menarik gambar terbalik
BalasPadamSONOKNYA JALAN2 PI PENANG
BalasPadammacam tau tau ja esok nak g short vacay kat peneng .. thankyouuu :)
BalasPadam