Diy cantikkan pasu ala hipster ꘡ Kali ini AD nak share satu Diy yang sangat senang. Kisahnya sejak Lockdown ni mula la otak nk adjust susun atur brang kat rumah. Then terpandang pasu kecik Ikea ni tak tahu nak letak kat masa, so datanglah idea untuk menggantungkan nya. Itu yang tetibe dari putih dah jadi hipster. Jom tengok barang yang diperlukan
Bahan-bahan:
- Tali guni (beli di Daison)
- Pasu bunga yang hendak digubah
- Gam UHU
Caranya mudah sahaja, lilitkan pasu tersebut dengan tali sehingga habis. Untuk permulaan AD buh dulu gam UHU di pasu kemudian baru lilitkan. Make sure lilit tu bagi ketat, baru nampak cantik. Gam tu AD guna di permulaan masa nak lekatkan dengan di akhir je sebab bagi AD tak perlu gam semua. Terpulang pada anda, jika rasa tak selamat, rasa nak gam semua, boleh..tiada msalah.
Tips:
Lilit separuh pasu dahulu. Kemudian potong tali dan ikatkan di kiri dan kana pasu. Kemudian baru sambung lilit semua pasu. Ini bagi mengukuhkan tempat tali gantung tersebut agar masa kita menggantung, pasu tersebut tak senget dan jatuh. Selamat mencuba
*Pasu yang AD gunakan ni jenis yang ringan dan kecil