Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. JAdi untuk episod Satur-day cook minggu Ini AD akan kongsikan resepi simple untuk anda buat hash brown seperti itu sendiri di rumah
🥔 Apa Yang Menjadikan Hash Brown McDonald’s Istimewa?
Ciri-ciri utama hash brown McDonald’s yang kita suka:
-
Kulit luar yang rangup dan keemasan
-
Bahagian dalam yang lembut
Rahsianya adalah pada jenis kentang yang digunakan, kaedah memasak yang betul, dan cara menggoreng pada suhu yang sesuai.
🛒 Bahan-Bahan:
-
2 biji kentang Russet (atau kentang yang berkanji tinggi)
-
1 sudu besar tepung jagung (pilihan – untuk kerangupan tambahan)
-
Garam secukup rasa
-
1/4 sudu teh serbuk bawang putih (jika suka)
-
Minyak untuk menggoreng
👩🍳 Cara-Cara:
1. Rebus Kentang Separuh Masak
Kupas kentang dan rebus dalam air sejuk. Didihkan perlahan dan masak selama 7–10 minit. Kentang perlu lembut tapi masih pejal, jangan sampai hancur.
2. Sejukkan dan Parut
Tos dan biarkan kentang sejuk sepenuhnya. Untuk hasil terbaik, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, parut kentang menggunakan pemarut kasar.
3. Perasakan dan Gaul
Masukkan kentang parut ke dalam mangkuk. Tambah garam, serbuk bawang putih dan tepung jagung (jika guna). Gaul perlahan supaya kentang tidak hancur dan kekal bertekstur.
4. Bentuk Jadi Patty
Ambil sedikit campuran dan bentukkan seperti bujur leper seperti bentuk hash brown McDonald’s. Susun atas dulang berlapik kertas minyak.
💡 Tip: Bekukan patty selama 20–30 minit supaya ia lebih kukuh semasa digoreng.
5. Goreng Hingga Garing
Panaskan minyak dalam kuali . Bila minyak cukup panas, goreng patty selama 3–4 minit setiap bahagian hingga keemasan dan rangup.
Tos atas tisu dapur dan tabur sedikit garam jika suka.
0 comments