Verify address without pin number from adsense꘡ Dah lama AD dapat notification untuk verify address untuk adsense since dah capat threshold untuk verify kan address. Untuk para blogger yang sudah mendapat iklan daripada pihak adsense, syarat untuk verify address ialah apabila jumlah iklan yang di klik oleh para pengunjung telah menjana RM10 maka automatic anda akan mendapat email daripada adsense untuk verify address anda.
Masalahnya dah lebih dari 3 bulan still tak dapat lagi pin. Kena la cari solution nya klo tak iklan daripada adsense akan hilang tapi jangan risau, ianya hanya untuk sementara waktu sahaja sehingga isu ini diselesaikan.
Step pertama
Anda boleh request daripada pihak adsense untuk menghantar lagi sekali nombor pin. Since covid, penghantaran pin agak lambat. Tapi atas nasib juga, ada je blogger yg AD kenal dah dapat nombor pin. Tapi AD tak dapat lagi. so di bahagian verify tu ade option untuk request pin. Make sure alamat yang anda bagi adalah betul okay.
Step kedua
Even after requested you guys still tak dapat pin number, jgn risau. AD pon sama. Anda boleh request 3x then kali keempat anda boleh verify address dengan IC sahaja. Caranya mcam ini. Anda ke Adsense pin troubleshooter kemudian lepas fill in the form semua, boleh ke personal identification number (pin) Isi segala maklumat yang diperlukan kemudian tunggu email daripada adsense.
Tak sure berapa lama, tapi dalam seminggu mcm tu kot dapat maklum balas dah verify dah account AD. Pasni harap dapat la cashout pulak duit adsense.
Harap info ini membantu anda.