Soal jawap agama #2

 

Google picture

Soalan: Saya ada dengar bahawa golongan lelaki yang memakai seluar labuh melebihi buku lali adalah berdosa dan akan masuk ke dalam neraka. Apakah benar kenyataan ini kerana seluar pejabat saya semuanya labuh hingga ke bawah buku lali.

Jawapan: Buat pengetahuan semua, memang terdapat hadis menjelaskan perkara itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Imran, Nabi SAW bersabda: " Sesiapa dalam kalangan kamu yang melabuhkan pakaian (melebihi buku lali) untuk berbangga diri, maka Allah tidak akan melihat kepadanya pada hari kiamat kelak. Lantas Abu Bakar bertanya kepada Nabi SAW: Ya Rasulullah, bagaimana pula dengan pakaian aku ini (yang juga agak labuh)? Jawab Nabi SAW: Sesungguhnya kamu bukan dalam kalangan mereka yang menyombong diri." (Riwayat al-Bukhari)

Daripada hadis serta perbincangan antara Nabi dengan Abu Bakar, dapatlah diketahui bahawa larangan melabuhkan pakaian hingga ke bawah buku lali adalah untuk golongan yang mempunyai perasaan sombong dan riak terhadap golongan fakir miskin. Ia bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang melabuhkan pakaian tetapi turut ditujukan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai perasaan sedemikian termasuklah bagi mereka yang menaiki kenderaan mewah dengan tujuan menunjuk-nunjuk.

Pengecualian yang dikenakan kepada Abu Bakar yang ketika itu berpakaian labuh melepasi buku lali adalah hujah sangat kuat bagi menjelaskan bahawa golongan lelaki yang berpakaian labuh tanpa ada sekelumit perasaan sombong dalam hati adalah dibenarkan. 

*credit to Berita Harian 

Google

 

Soalan: Bolehkah Kita Minum Air Yang Dijual Dalam Peti Ais Yang Dalamnya Berkongsi Dengan Air Arak,biarpun Arak Itu Berada Di Tingkat Bawah Sekali?


Jawapan: Harus minum air (yang halal) walaupun ianya disimpan dalam peti ais yang berkongsi dengan arak kerana ianya terkandung dalam tin atau botol yang berasingan.

 

Google

Soalan: Bolehkah Kita Memberi Daging Korban Atau Akikah Kepada Orang Bukan Islam?

Jawapan:

Allah SWT berfirman:

فَكُلُواْ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡقَانِعَ وَٱلۡمُعۡتَرَّۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرۡنَٰهَا لَكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ 

Maksudnya: Maka makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. 

Kami nyatakan di sini pendapat-pendapat yang berkaitan dengan permasalahan ini iaitu :

 1. Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah memberikan rukhsah (keringanan) bagi kafir zimmi yang fakir untuk diberikan kepada mereka daging korban.

 2. Mazhab Maliki berpendapat hukumnya makruh seperti memberi makan kepada Yahudi atau Nasrani. 

 3. Mazhab Hanbali berpendapat hukumnya harus dihadiahkan kepada orang kafir daripada daging korban yang sunat. Adapun yang wajib tidak diharuskan.

 4. Dalam mazhab Syafi’e, yang masyhur tidak dibolehkan kerana korban adalah ketaatan unuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kesimpulannya, Kami berpendapat bahawa di dalam isu ini hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat di samping menjadi senjata dakwah yang paling ampuh kepada masyarakat yang bukan Islam. Kami katakan di sini:

  1. Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.

       2. Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan. 

* credit to http://kemusykilan.islam.gov.my

CONVERSATION

13 Comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. baru tahu pasal pakaian yang labuh tu..

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk perkongsian...

    ReplyDelete
  4. syukran..first time dgr persoalan #1 tu..

    ReplyDelete
  5. peringatan utk diri wak sendiri jugak., aminn

    ReplyDelete
  6. Ok, baru tahu tentang air yang sama peti ais dengan arak. Mekasih atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
  7. no lo sabia, que interesante este post

    ReplyDelete
  8. Part suar labuh tu first time kita tau.. Tq sharing

    ReplyDelete
  9. Terima kasih AD atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  10. Thank you sharing this info :)
    suka jawapan about daging korban tu

    ReplyDelete
  11. part seluar labuh tu, saya baca lebih dari 3 kali untuk hadam. good info, bole share dgn ofismate nti

    ReplyDelete

anakdenesor's bookshelf

The Same Inside: Poems about Empathy and Friendship
When I Was a Kid 5
The Midnight Library
Zita the Spacegirl
Claudia and Mean Janine
Pahang, Koi Datang!
Lucy & Andy Neanderthal
Dreamy Days and Random Naps
Captain Clive's Dreamworld
Bernice Takes a Plunge
SANCTUARIA
MENTAL
天からの贈り物
Selamat Malam Nostalgia


anakdenesor's favorite books »