Pekan sehari terbesar di semenanjung

By anakdenesor - Mac 01, 2021

Pekan sehari terbesar di semenanjung ꘡ Hello peeps! Anda pasti sering berkunjung ke pasar malam atau pon pasar pagi bukan. Namun tahukah anda di mana terletaknya lokasi mengenai pasar pagi atau lebih dikenali umum sebagai pekan sehari yang terpanjang di semenanjung? Anyone? Pekan sehari terbesar di semenanjung lokasinya di Bandar Temerloh (ehem kampung koi weh). Bandar Temerloh yang terletak di persisiran sungai Temerloh sekitar 2,000 meter yang melibatkan hampir 1,000 para penjaja. Menarik bukan.

Credit to Pejabat daerah Temerloh
Kedudukan nya yang berada berhampiran sungai Pahang seringkali membuatkan mata anak anak kecil tidak lepas pandang ke sungai Pahang. Malahan, ramai anak muda memilih untuk berehat seketika dan ber swafoto di jeti kecil di sungai pahang ini. Pelbagai jualan daripada barangan mentah hingga lah barangan kelengkapan diri juga dijual disini. Namun jika anda pertama kali sampai di pahang, khususnya Temerloh adalah di syorkan untuk menikmati signature dish disini iaitu tak lain dan tak bukan ialah Ikan Patin masak tempoyak.  Sedikit nasihat daripada AD, berhati hati ketika memilih menu tersebut kerana harga ikan patin bergantung kepada harga pasaran. Ada ketikanya mencecah ratusan ringgit untuk menu tersebut (jadilah pembeli yang bijak). Cubalah menjamu selera di Restoran kancil Raja Patin dan Gobang maju Tempoyak. Rasanya yang asli pasti tidak rugi untuk mencuba.
 
Jika ingin ke Pekan sehari ini, pastikan anda bertolak awal pagi kerana parking space yang terhad serta jalan yang sentiasa sibuk. Namun terpulanglah pada anda jika anda tidak kisah meredah trafik dan berjalan jauh gerak sedikit lambat pon okay juga.


Antara juadah yang jarang ditemui. Lemang Periuk Kera. Seriusly sedap weh and for me, berbaloi beli coz besar dan padat.

Ini adalah permulaan jalan. AD suka start dari bukit ni, akan aim dulu barang apa yang nak beli, tapi biasanya kalau dah terlepas kedepan by the time nk patah balik juadah yang kita aim awal tadi dah habis dijual. So biasanya kalau ada yang berkenan tu beli terus. Since AD penduduk local dan selalu ke sini jadi dah tahu kat mana food yang sedap. Jadi dah aim dah hala tuju. Biasanya kitwg akan panggil pekan sari (sehari menjadi sari) lebih mudah untuk menyebutnya.


Koleksi barangan antik yang dipamerkan untuk dijual. Cantik dan sangat rare! AD berkenan dengan iron lama. 


Masih ingatkah anda dengan pantun rumpun melayu? Buah keranji dalam perahu

 Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu


Di hujung jalan anda akan nampak sign ini


Puding Raja, kalau mengikut sejarah ianya adalah hidangan pencuci mulut diraja. Hanya dihidangan di dalam istana sahaja. Keunikkan nya kerana cara pembuatan yang berbeza dan agak leceh berbanding dengan puding bisa dan di dalam puding ini ada pisang. Hanya boleh menggunakan pisang jenis lemak manis sahaja. Jika menggunkan pisang lain, rasanya pasti berbeza.  Rindu sebenarnya untuk pulang ke kg halaman dan menikmati hidangan local ini. Ada yang pernah sampai ke pahang?jom share pengalaman anda.




  • Share:

You Might Also Like

22 comments

  1. Dah pernah pergi masa jalan-jalan di Temerloh, memang syok macam-macam ada..rindu Temerloh especially patin tempoyaknya..hehe

    BalasPadam
  2. What a ınteresting places:) thanks for your sharing:)

    BalasPadam
  3. Pernah ke sini, tapi tak habis pusing tengok semua.
    Memang seronok ada macam-macam dan sangat meriah!

    Lama sungguh tak merasa puding raja tu.

    BalasPadam
  4. wah menariknyaaaa...pernah gi pahang..tapi tak pernah la pergi tempat mcm ni..
    hihihi

    BalasPadam
  5. This looks like such an amazing place! I've never heard of King Pudding but it sounds really interesting. <3
    the creation of beauty is art.

    BalasPadam
  6. macam2 ada kat pekan sari ni siap duit ja

    BalasPadam
  7. rindunya pasar sehari temerloh ni... last pergi tahun 2018 rasanya, rindu betul nak jalan pusing-pusing, semua rasa nak dibeli

    BalasPadam
  8. tak igt pernah sampai ke tak temerloh ni...
    sebab jarang betul jejak ke negeri pahang hehehe...
    paling2 pun sampai kat kuantan je...
    teringin nak rasa puding raja tapi x tau mana yg sedap hhehe

    BalasPadam
  9. Tak pernah lagi rasa lemang periuk kera. Hehe... Pahang pun Tak sampai lagi. Kalau N9 tu pernah la masa kursus.

    BalasPadam
  10. femes temerloh dgn ikan patinnye., ;p

    BalasPadam
  11. AD nak tau x..akak teringin nak explore Pahang, dulu kahwen dengan orang Triang, tak sempat explore dah bercerai..hehehe....

    BalasPadam
  12. my uncle suka barang2 antik ni, kalau bawa dia ke sini, mesti dia happy

    BalasPadam
  13. mak aiipuding raja tu sedapnya lahh..lama tak makan, memang nampak meriah dengan kuih muih tradisional kat sini kan AD :)

    BalasPadam
  14. Akk pernah datang ke sini yeah! Memang best pekan sehari ni, banyak jualan hasil kampung.

    BalasPadam
  15. Pernah singgah kejap je tepi sungai ni. Menariknya pekan sehari ni. betul betul mengikut pantun buah keranji tu. Tak pernah tengok in real mahupun makan. Puding raja pun tak pernah makan lagi.

    BalasPadam
  16. Pernah dulu zaman belajar itm jengka, saya sampai ke temerloh. Kadang cuma pergi jalan-jalan hujung minggu. Kadang bila tak de tiket bas ke kl, kena turun temerloh dulu. Tapi tak pernah sampai ke pasar sehari temerloh.

    BalasPadam
  17. Selalu nampak orang share pasal puding Raja tu tapi tak pernah makan..
    Sukanya makan lemang periuk kera tu..

    BalasPadam
  18. kakak sy berjualan lemang periuk kera. sedapppp! rasa berlemak daripada lemang dalam buluh hehe

    BalasPadam
  19. kalau pergi pasar hari , suka tengok barang2 antik hehehe

    BalasPadam
  20. Buah keranji tu lama tak jumpa! Bestnya kalau dapat datang sini, boleh rasa puding raja.

    BalasPadam
  21. banyaknye food..sedap2 semua hehee..lama tak ke pekan..

    BalasPadam