Antara karya Mamat Khalid yang tak jemu ditonton

Tiada lagi karya-karya tempatan air tangan seniman Mamat Kahlid. Kepergian beliau merupakan satu kehilangan kepada tanah air. Namun siapalah kita untuk menjangka sesuatu perkara sesungguhnya ajal dan maut di tangan Allah. Moga rohnya dicucuri  rahmat. Kehilangan beliau turut dirasai oleh seluruh penggiat seni. Malah kebanyakkan karya beliau membuatkan AD tonton berulang kali kerana ianya tak jemu untuk ditonton. Bak kata orang "tak lekang dek zaman" Banyak sebenarnya karya yang beliau pernah terbitkan samada movie atau pon siri tv.

Ayat terakhirnya adalah 'byeeee' diakhiri huruf 'e' yang panjang. Arwah seakan-akan tahu akan pergi meninggalkan kami. (berita harian)

 1. Puteri Gunung Ledang

Di antara karya beliau, Puteri Gunung Ledang merupakan AD punya favorite filem. Cinematography, screenplay, sound systems, CGI effect semua mantop! lagi-lagi bila part Puteri Gunung Ledang memberikan syarat-syarat kepada sultan melaka dimana syarat tersebut diukir di atas daun. Serius creative gile. Filem itu dikeluarkan pada tahun 2004. Bayangkan pemikiran beliau waktu itu sudah jauh kedepan dimana boleh dikatakan industri perfileman kita tiada lagi la yang buat filem seperti karya arwah Mamat Khalid ini pada tahun 2004 dahulu.


2. Hantu Kak Limah

 

Movie yang kelakar dan dibarisi barisan pelakon yang terkenal dan berbakat seperti Awie,Delimawati,Zul Ariffin,Sabri Yunus dan ramai lagi.Gelagat Awie dengan baju tidur satin nya dan keserasian di antara pelakon begitu teserlah di dalam filem ini. Sesuai ditonton untuk sekeluarga. Memang tak kering gusi la bila menonton filem ini

 3. Zombie Kg Pisang

 


Dengan menggunakan lograt perak, dan mempamerkan artis yang serba boleh. Menariknya, mamat Khalid mempunyai beberapa rakan artis yang kerap beliau gunakan di dalam filem terbitan beliau.  Soffi Jikan dengan kemunculan 8 kali, Usop Wilcha sebanyak 7 kali, Awie dan Pekin Ibrahim sebanyak 5 kali. nampaknya beliau begitu menghargai bakat yang mereka ada.

4. 15 puasa, 16 puasa, 17 puasa, 18 puasa di Kampung Pisang

 


AD suka cerita ini sebab ianya memaparkan kehidupan sebenar rakyat. Di mana dari dahulu lagi jika dilihat Mamat Kahlid banyak membuat filem berdasarkan kehidupan rakyat  sebenar. Banyak pengajaran sebenarnya dapat diambil daripada filem beliau terutamanya filem 18 puasa di kampung Pisang. Lawak-lawak juga tapi pesanan di dalam filem itu bagi AD deep. Menunaikan tanggungjawap kita sebagai seorang muslim.

 5. Rock Bro!

 

Mempamerkan sisi kepayahan seorang pemuzik di zaman 90 an. Artis pada waktu dahulu bukanlah  sesenang artis di zaman sekarang, lagi-lagi di awal kemunculan mereka. Reality kehidupan seorang artis. Sedih kan bila tengok filem ni. Ditipu berkali-kali, tak tahan part diaorang xde duit nak makan time tu. Kesian sangat.

Ini adalah antara filem yang menjadi pilihan AD. Bagaiman pula dengan anda?

 

Share:

12 Comments

  1. akak tak teringat pun filem PGL tu idea asal dari arwah... sebab teringat dia suka buat cerita santai, lawak je... tapi PGL memang orang takkan lupa

    BalasPadam
  2. Akak paling suka tenguk Man laksa.... funfair kat kampung .. yang buat tak tahan gelak besor yang bapa nyanyi kat pentas sekali tenguk kat kaki anak dia bergayut, tolong jaga anak sebab mak kerja misi kena kerja shift.....aduhaiiii memang lawak lah

    BalasPadam
  3. Franchise movie Hantu Kak Limah dengan Rock antara favorite karya dari Mamat Khalid. Tengok banyak kali pun tak jemu.

    BalasPadam
  4. bagi kak ana orang Perak, arwah lah yang banyak mempopularkan bahasa Perak , kita kehilangan pengkarya yang unik.. HKL antara yang kak ana tak jemu layan AD :)

    BalasPadam
  5. Kalau filem akak paling suka Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang. Drama pulak Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Pukul Dua Petang. Generasi awak entahlah tau tidak 2 drama tu. Hehe

    BalasPadam
  6. suka tengok mak laksa beliau mengimbau era akhir 60-an yg gamat dgn pentas budaya di kampung2

    BalasPadam
  7. semua karya arwah menghiburkan kita. satu kehilangan besar kpd industri perfileman tanah air...

    BalasPadam
  8. Tak sangka PGL karya Mamat Khalid?

    Baru tahu.... Sebab tak sama dengan 'style' dia langsung

    Alfatihah buat beliau...

    BalasPadam
  9. Semua filem-filem arwah memang best2!!Paling suka Hantu Kak Limah. Dia punya dialog tu dah hafal macam tengok cerita-cerita terbitan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Tak ada arwah, orang tak kenal negeri Perak & loghatnya. Memang satu kehilangan yang sangat besar buat orang-orang Perak.

    BalasPadam
  10. banyak karya Mamat Khalid yang best, suka dengan lawak dan sindirian yang diselitkan dalam filem beliau :)

    BalasPadam
  11. alfatihah.. mmg karya2 mamat khalid semuanya best2

    BalasPadam

anakdenesor's bookshelf: read

Hungry Business
One of Us Is Lying
The Enchantress Returns
What Not to Do If You Turn Invisible
Sayap V
Self Love
The Light Jar
Claire's Apocalypse : A Zombie Science Fiction Horror Short Story
I Hope You Stay
2am Thoughts
365 Days of Wonder: Mr. Browne's Book of Precepts
Pendek Mabuk Gila
The Last Shimmer
Trilogi Ajaib #3: AKSARA


anakdenesor's favorite books »

Dino Colony

Translate