Cameron Highlands attractions

 Cameron Highlands attractions꘡Cameron Highlands seringkali menjadi salah satu tempat peranginan yang popular di Malaysia. Suhu yang sejuk dan pemandangan yang cantik merupakan antara faktor tarikan di Cameron Highlands. Cameron Highlands terletak kira-kira 1,829 meter dari paras laut. AD baru tahu rupanya Cameron Highlands ini mendapat namanya sempena Sir William Cameron yang melakukan kerja pemetaan persepadaan Perak-Pahang.Jom kita lihat aktiviti apa yang anda boleh lakukan di Cameron Highlands ini.

1.Boh Tea Plantation

Boh Tea Plantation merupakan terbesar dan tertua di antara ladang Teh Boh dengan keluasan sebanyak 465 hektar. Ianya juga merupakan kilang teh yang pertama dibina pada tahun 1930 an. Bagi anda yang ingin mempelajari bagaimana teh dihasilkan bolehlah datang disini. Lebih menarik apabila setiap tahun mereka menghasilkan kira-kira 600,000 kg Teh. Fuh! banyak tu.

2.Cameron Lavender Garden



Tak lengkap rasanya kalau melawat Cameron tapi tak singgah ke Lavender garden ini. Ianya terletak di antara Tringkap dan Kuala Terla, kira-kira 4km ke utara Kea Farm di Brinchang.Taman ini memiliki ladang lavender yang indah dengan pelbagai jenis bunga lain yang dipamerkan. Dihiasi dengan patung-patung berwarna-warni dan rekaan taman ini diilhamkan oleh pemandangan desa Eropah.Jika ke atas lagi anda akan menemui istana Disney yang kartun dengan kolam koi, kincir angin mini dan kafe. Dibuka setiap hari dari jam 09:00 hingga 18:00, dengan bayaran tiket dikenakan kepada pengunjung. Sempat lajuga AD menyinggah di cafe dan membeli ice cream lavender. Sedap! serius tak rugi tau makan.
 





3.Cactus Valley

 

Cactus valley merupakan taman botani yang terletak di lereng bukit yang menghadap ke pusat bandar Brinchang. terdapat pelbagai koleksi kaktus dengan pelbagai size dan jenis.Sekiranya mengikuti jalan utama, belok kiri segera setelah Star Regency Hotel (tapak pasar malam Brinchang akan berada di seberang hotel). Terus berjalan sehingga anda melihat papan tanda di sebelah kanan Cactus Valley atau Big Red Strawberry Farm. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Harga tiket adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak

 

4.MR. Aisu cafe

 

Mr.Aisu cafe yang mempunyai keparan dalam handmade soft serve ice cream also yeast leavened waffle. Mereka menggunakan bahan tempatan untuk mencipta rasa tempatan yang asli, seperti Ais Krim Strawberry khas mereka menggunakan strawberi tempatan terpilih premium. Mereka juga mempunyai perasa lain seperti Ipoh Coffee, Teh Tarik, Limau Ais, Chokanan Mango, Homemade Yogurt dan lain-lai. Macam biasa AD akan mencuba perisa lavender.



4.Pasar Malam

Menikmati pasar malam yang berlangsung setiap hari Jumaat hingga Ahad di Golden Hills, sebuah kawasan perumahan dan komersial di Tanah Rata. Anda boleh datang bermula seawal jam 4 petang dan berakhir pada pukul 11 ​​malam, tetapi cuaca hujan mempengaruhi waktu-waktu ini. Asalnya berpusat di Brinchang, namun telah dipindahkan ke lokasi baru. Lokasi baru dapat diakses di sepanjang jalan utama berhampiran Hotel Casa dela Rosa.

 

Bagi anda yang ingin menikmati pesona pedesaan Inggeris dan seni bina yang akan menjadikan penginapan anda di Hill Resort benar-benar tidak dapat dilupakan. Menginap di salah satu bilik / suite yang lengkap dengan katil empat tiang, perabot Inggeris dan barang antik. Kami ke sini untuk minum petang dan semestinya merupakan satu pengalaman baru untuk AD.
 

Rasai sendiri pengalaman menikmati nasi lemak strawberry daripada restoran Abang strawberry. Jika biasanya nasi lemak bewarna putih kita cuba tukar pula kali ini. At first AD takot juga untuk mencuba.takot jika tidak kena dengan selera tapi disebab kan dah sampai so why not mencuba. Jangan risau la, nasi lemak tu masih rasa yang sama, yang bezanya mereka akan meletakkan sambal strawberry di sebelah sambal biasa. Kedai ini memang sentiasa penuh jadi rancang dulu perjalanan anda.


Begini lah rupa hidangan tersebut. Cuba tau kalau anda sampai kesini. Yang penting rancang perjalanan dan pastikan follow SOP. Kita jaga kita okay.

 

Share:

20 Comments

  1. kalau pergi cameron ni memang sakan beli pokok. geram tengok pokok kat sana..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...kalo pegi sana selalu beli kaktus. geram tengok segar bugar pokok sana

      Padam
  2. Tq. Ada plan hendak pergi lagi. Pergi yang belum lawat macam no.4

    BalasPadam
  3. bestnya cameron.. xpernah pegi lg..
    arap ade rezeki nk smpai sni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh pergi nanti tapi mmg tempat tumpuan orang ramai...kne g time weekdays

      Padam
  4. Bestnya kalau dapat jalan-jalan ke CH.

    BalasPadam
  5. bertahun tak pegi cameron oiii....
    ok nasi lemak storberi tu mmg letak storberi ke????

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom konvoi ke sana kakret,,heheh
      sambal strawberry tu macam acar buah kak, kirenya versi strawberi jadilah acar buah strawberi.

      sambal nasi lemak biasa still ade juga die bagi.jadi klo x lalu nak macam sambal tu, makan sambal biasa je

      Padam
  6. lamanya dah ke sana, harapnya nnti dapatla ke sana lagi... rindu nak jalan-jalan CH

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..lately ni ramai yg kesana dulu..kita blik kg dulu haha

      Padam
  7. pernah jua ke sini beli keledek ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita klo g sana balik mesti beli sayur dengan jagung..segar habis sayur kat sana

      Padam
  8. rindunya nak ke CH lagi. Last pi sana thn 2012...

    BalasPadam
    Balasan
    1. uish lama juga tu abam kie..boleh repeat dah ni

      Padam
  9. rindunya pergi Cameron. banyak dalam list awak ni akak tak sampai lagi. nak try lah nasi lemak strawberry.

    BalasPadam
  10. seronok AD berjalan-jalan. saya dari sekolah sampai uni tak sampai-sampai lagi walaupun selalu nak pergi. bunga lavender dan kaktus tu geramnyaaa tengok hahaha

    BalasPadam
  11. How incredible! All of these pictures are remarkable and highlight many wonderful experiences <3
    the creation of beauty is art.

    BalasPadam
  12. Best lepak dekat BOH tu.. minum teh dan makan scones..

    BalasPadam

anakdenesor's bookshelf: read

Hungry Business
One of Us Is Lying
The Enchantress Returns
What Not to Do If You Turn Invisible
Sayap V
Self Love
The Light Jar
Claire's Apocalypse : A Zombie Science Fiction Horror Short Story
I Hope You Stay
2am Thoughts
365 Days of Wonder: Mr. Browne's Book of Precepts
Pendek Mabuk Gila
The Last Shimmer
Trilogi Ajaib #3: AKSARA


anakdenesor's favorite books »

Dino Colony

Translate