[Recipe] Tauhu sumbat versi mudah

By anakdenesor - Oktober 10, 2020

Hello peeps! I will try to post about recipe once a week so that we have something to experiment during weekend 😛I called it Satur-cook-Day!! yeahhh Untuk minggu ini, Ad kongsikan satu resepi yang mudah, senang dan yang paling penting healthy food iaitu "Tauhu sumbat" 

SEJARAH

Tauhu di dalam bahasa Hokkien bermaksud doufu. Membawa maksud "kacang soya yang ditapaikan" Penemuan di China sekitar Dinasti Han lebih kurang 2,200 tahun yang lalu.Ditemukan oleh Liu An, bangsawan dan juga cucu kepada Maharaja Liu Bang (pengasas Dinasti Han) -Credit to wikipedia-


Resepi Tauhu sumbat


 
 
Bahan-bahannya:

1. Tauhu yang dibelah 2 ( bukan belah tengah tau tapi make sure bentuk segitiga yea)😅
2. carrots 
3. Timun
4. Sengkuang ( kalau minat)
5. lada sulah
6. lada hitam
7.garam

Caranya:

1. Potong tauhu secara bucu ke bucu supaya membentuk segitiga dan goreng tauhu tersebut hingga warna kekuningan


2. carrots, timun, sengkuang dipotong nipis, boleh juga disagat

3. Rebus sebentar bahan yang disagat tadi (no 2)

4. Selepas direbus, keringkan dan gaulkan dengan lada sulah, lada hitam dan tambah secubit garam. 

5. Sumbatkan di tengah tauhu ( make sure potong sedikit di bahgian tengah)


Ha amacam..mudah bukan..resepi kompem jadi..so jangan takot untuk mencuba..ini cara AD, mungkin lain orang lain caranya..sebab AD sejenis yang tak suka letak perasa, tak guna serbuk ajinomoto. Stay healthy stay safe

-xoxo-








  • Share:

You Might Also Like

34 comments

  1. Zaman sekolah rendah dulu, selalu beli tauhu sumbat di kantin. Kombinasi timun dengan taugeh yang disumbat terus naik aromanya bila ditambah sos!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah la taugeh..kite tak letak sebab tak suka..kan! best makan..uishh kite lak igt klo bulan pose selalu tgk macam sedap giler je

      Padam
  2. Balasan
    1. sekali sekala je..kalau ada resepi yang boleh di share heheh

      Padam
  3. Adoi, akk ingat tauhu ni asal usulnya dari Indonesia...

    Anyway, it is a simple yet healthy menu 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan! sebab diaorang yang macam popularkan..rupanya datang dari pedagang juga..heheh

      Padam
  4. Balasan
    1. hahahha klo rasa sendiri tu kompem sedap..tapi klo bg orang lain rasa tak tahu la syaz..ahhaha

      Padam
  5. dapnya,SS resepi jap. Mana tau rajin boleh buat. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha tu la kena tunggu rajin kan..nak dapat mood tu punyala payah heheh

      Padam
  6. Tofu ? Türkiye'de yeni yeni tofu peyniri satan marketlerde görüyorum ancak ilginç bir yemek gibi görünüyor 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah tofu..its like a normal food in malaysia and indonesia.

      Padam
  7. My favourite nih! Makan dengan kuah cuka atau kuah kacang, dua-dua akak suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh kuah cuka macam amna ka?tak tau..klo kuah akcang perhhh sedap yakmat

      Padam
  8. suka sangat makan tauhu sumbat tapi sekarang ni banyak tauhu bergedil je yang dijual haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah la..bila fana mention baru perasan banyak tauhu bergedil je yang jual.

      Padam
    2. Tauhu bergedil tu tengah trend. Tapi tauhu sumbat pun tak dilupakan. Dua dua sedap!!

      Padam
  9. rajinnya makanan utk kesihatan sedap tu

    BalasPadam
  10. caranya mungkin berbeza tapi hasilnya sama. Buat yang paling kita rasakan mudah je..kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju! yang penting hasil dia sama, buat mana yang kita suka..sebab kita yang makan hehehe

      Padam
  11. Fuh, menggodanya. Serbuk aji tu zumal pun tak minat dan tak paham keperluan penggunaannya sebab bila cukup gula dan garam pasti dah sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu my mom selalu sanagt letak dalam food die..yeala ada orang ckp menambah lagi rasa masakan..then AD perasan rambut makin gugur..then suruh mak stop guna. until now AD tak suka bahan perasa yg mcm tu

      Padam
    2. Bahaya betul penambah rasa ni kan

      Padam
  12. Favourite tauhu sumbat. Suka makan dengan sambal manis tu. Biasanya akan guna timun dan taugeh je. Taugeh tu celur sekejap je. Cara berbeza ikut cara dan taste masing-masing kan. Yang penting sodap :)

    BalasPadam
  13. it's healthy food..you should try it..easy to make it

    BalasPadam
  14. Baru makan tauhu sumbat beli tepi jalan balik sekolah semalam. Beli tengah hari ingat nak makan petang tapi tak tahan lama cepat basi sebab ada timun dan taugeh. Next time terus makan sampai habis :)

    BalasPadam
  15. lepas tu cicah dengan sos thai.. pergh!! Sedap..

    BalasPadam