[FOOD] KAFE KERETA API @ CAFE BELIBIS

 

KAFE KERETA API @ CAFE BELIBIS ꘡Keunikan kafe ini semestinya kerana ianya menjanjikan anda  untuk merasai sendiri  pengalaman makan di dalam koc kereta api. Ruangan ini terhad tau tapi jangan risau, jika sudah penuh anda boleh menjamu selera di luar koc tersebut. Kafe ini terletak bersebelahan dengan muzium Pekan, ha selepas menjamu selera boleh la anda ke muzium mencuci mata atau ber OOTD disana.


Kafe ini beroperasi bermula 8:30 pagi sehingga 6:30 petang dan ditutup pada setiap hari Isnin. Pelbagai juadah disediakan untuk sarapan pagi antaranya kuih-muih, nasi lemak, laksa, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Konsep makanan disini pula adalah self- service. Pilih dan bayar. Kafe ini telah mula beroperasi bermula Januari tahun ini.


Khabarnya, initiative menjadikan koc kereta api ini sebagai kafe adalah kerana ingin mengingatkan bahawa KTM (Kereta Api Tanah Melayu) pernah beroperasi sebagai salah satu pengangkutan awam di negeri Pahang.



Antara dekorasi di dalam kafe ini


Beginilah keadaan di dalam koc tersebut. Dengar-dengar, kereta api ini terdiri daripada Lokomotif KTM Class 22. Menarik bukan, tapi diingatkan bahawa kafe ni sentiasa full tau, dan limited sangat parking nya. Biasanya ramai akan parking di sebelah jalan yang menghadap sungai yang berseberangan dengan kafe ini. Ada yang berminat? Jom kita layan video yang sempat AD rakam ketika ke sana tempoh hari.

 
 
 

anakdenesor

Hi, I’m AD. I'm a high heels librarian and part-time blogger. I love art as much as I love food. LOL.

16 Ulasan

  1. These pictures are so incredible! It looks like such a wonderful experience.
    the creation of beauty is art.

    BalasPadam
  2. Menarik...akak mati2 ingat kat KL..rupanya nun jauh kat Pahang

    BalasPadam
  3. nampak best lah AD. memang unik. teringin nak cuba pastu OOTD. hehe

    BalasPadam
  4. wah best lah AD. Makanan dia pun macam sarapan kat kg je. Tak pernah sampai lagi kat pekan.

    BalasPadam
  5. uniknya kafe ini, Rasanya kena pergi lawat sini bila pergi ke Pekan.

    BalasPadam
  6. uniknya kafe ni! Tengok gaya selalu full mesti sebab makanan dia pun sedap juga kan

    BalasPadam
  7. Wah menarik sungguh ni AD. Entah bila nak ke Pekan lagi, dah lama takde urusan di sana.

    Sedap suara AD kat video tu. Jelas.

    BalasPadam
  8. Satu hari nanti kita mesti nak try jugak makan kat sini

    BalasPadam
  9. menarik & unik...makanan pun nampak sedap..

    BalasPadam
  10. tu dia.. menarik betul tempat dia. mcm kat stesen keretapi gitu

    BalasPadam
  11. UNik.... ada terbaca gak pasal cafe ketapi ni... tp x best nya sbb parking limited n dah viral ni memanjang la penuh je kan...

    BalasPadam
  12. Menarik dan cantik tempatnya...

    P/S: Syrup vanilla quaterpast tu sedap juga.. :)

    BalasPadam
  13. Macam best je weh cafe ni.. nak ootd memang onz kat sini haha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama