Bila waktu sesuai untuk beli rumah?


Betul ke gaji sikit tak boleh beli rumah? Kalau tak boleh beli sampai bila nak menyewa kan. Bayangkan umur dah 50 tahun tapi masih menyewa mestilah sedih kan. Bila umur yang sesuai untuk beli rumah? Rumit tapi semuanya bergantung kepada anda. Sebelum anda beli rumah terdapat beberapa faktor yang patut anda pertimbangkan. Jom kita lihat faktor tersebut.

TENTUKAN MATLAMAT ANDA UNTUK MEMBELI RUMAH

Banyak sebab kenapa anda ingin membeli rumah. Mungkin untuk pelaburan di masa hadapan. Mungkin juga kerana anda ingin menduduki rumah tersebut. Apa pon matlamat anda, anda kena bersedia dari sekarang. 

 i. Pastikan downpayment mencukupi

ii. Faktor jarak diambil kira. Contoh nya jarak rumah ke tempat keje, atau rumah ke sekolah anak-anak semuanya perlu dipertimbangkan. Yela kalau rumah ke tempat keje jauh kan dah menambah kos. Kos petrol lagi, kos toll lagi. Ingatkan dah beli rumah ni senang ke tempat keje, malahan makin lambat haa jangan tau adik-adik.

iii. Tahu segala hidden kos beli rumah - Cukai & Maintenance rumah, duti setem, MOT 

Ini penting juga. Kalau beli rumah Apartment kena tahu maintenance monthly rumah tersebut. Kalau anda sewakan rumah kena ada duit tepi untuk segala kerosakan daripada penyewa belum lagi kes penyewa tak bayar bil sampai kene potong..takpe yang itu lain cerita. Jangan ingat dah beli rumah boleh bersenang lenang..iya tapi ingat, lepas dah ade rumah, Cukai tanah, cukai pintu kena bayar tau. 

Anda boleh cek disini https://www.mortgagecalculator.uk/  kadar bayaran bulanan rumah serta yearly capital dan interest breakdown.


Sangat detail. Sesuai sangat untuk anda yang ingin tahu jumlah bayaran dan kadar interest yang dikenakan.  Duti setem dan MOT pula ditanggung oleh pembeli tau..tapi sekarang goverment ada juga jalankan kempen free duti setem. 

FAHAM BAGAIMANA BANK MEMBERI KELAYAKAN PINJAMAN

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pertimbangan bank untuk memberi loan kepada kita. Anta faktor tersebut ialah: 

  1. DSR 
  2. Net disposable income
  3. Ada skor kredit yang bagus
  4. pendapatan bersih

Pendapatan bersih adalah penting untuk menentukan range harga rumah yang kita layak untuk miliki. Macam mana nak kira? Okay senang je, pendapatan kasar yang kite dapat tolak segala komitmen yang kita ada. Katakanlah gaji rm2500 tolak komitmen bulanan kita. Contohnya ada kereta RM800 jadi selepas ditolak baki RM1700. Jadi itulah pendapatn bersih yang kita ada. Kalau boleh pinjaman anda hendaklah tidak melebihi 1/3 gaji kasar.

Jadi bilakah waktu sesuai untuk membeli rumah? Jawapan nya mudah, bila anda rasa bersedia dan mempunyai wang downpayment yang secukupnya serta wang tambahan untuk kecemasan jadi anda patot pertimbangan untuk membeli rumah.

Jadi bagaimana? Anda sudah bersedia untuk membeli rumah? Jom share pengalaman anda membeli rumah di komen.

anakdenesor

Hi, I’m AD. I'm a high heels librarian and part-time blogger. I love art as much as I love food. LOL.

11 Ulasan

  1. Satu pelaburan yang memerlukan modal tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyea tu wak..modal dgn komitmen seumur hidup

      Padam
  2. Setuju. Bila dah beli rumah kena menabung lagi untuk renovate rumah e.g. pasang lampu, beli perabot, pasang kabinet dapur etc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..mmg kne extra money.. nak pasang kipas, lampu semua yg basic2 la.

      Padam
  3. Alhamdulillah, Fiza Dan suami berjaya miliki rumah sendiri seperti yang dirancang sebelum usia menginjak ke 40 tahun. Betul tu, tak kan memanjang je nak duduk menyewa. Tapi, apa² pun kena jugak kira bajet. Kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..tahniah..AD pon tgh mengumpul..moga ada rezeki la

      Padam
  4. nak beli rumah banyak yang perlu dibuat kira-kira bukan ikut dan je. Ikut kemampuan dan bajet juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..takot nnti da beli tak mampu nak bayar.

      Padam
  5. beli rumah satu keputusan besar dlm hidup...mcm2 kena dicampur/tolak/darab/bahagi....beli time umur muda untung, boleh stretch loan utk period yg lama..sekarang ni ada bank yg bagi full loan (bagi yg layak) for first house..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama