[BR] Perempuan dari masa lalu by Wafa Awla #43

[BR] Perempuan dari masa lalu ꘡Buku kali ini adalah bertajuk Perempuan dari masa lalu oleh Wafa Awla

Penulis: Wafa Awla
Penerbit: Jejak Tarbiah
Tahun Terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789671927458
Bil. Muka surat: 93 m/s
Format: Paperback
Harga: RM20.00
Berat: 0.07kg

Meninggalkan rumahmu,
setelah tak berjawab salamku di muka pintu.
Tapi rinduku masih di situ,
mengetuk bertalu-talu.

Perempuan dari Masa Lalu membuka ruang kepada kita untuk mengenal apa itu kesunyian, dan memahami perasaan yang wujud dalam setiap pertemuan dan perpisahan.

Ia mengajar kita cara untuk melepaskan kenangan dan ingatan masa lalu — tanpa perlu melupakan. Ia juga membuatkan kita untuk menanam harapan dan menyiram rindu.

Naskhah ini, yang mengandungi 34 puisi dan catatan, akan mengajak kita untuk meluahkan segalanya, tetapi dalam masa yang sama merahsiakan. Ia akan memperkenalkan kita dengan bermacam golak perasaan.

Selamat menikmati naskhah ini, dan selamat berkenalan dengan perempuan dari masa lalu. Usah risau, dia tidak akan pernah mendedahkan dosa-dosa anda, walau dia tahu semuanya. Dia cuma mahu membebat luka dan kecewa, selain memujuk untuk anda menikmati hari ini dan esok, sepenuh-penuhnya. 





 
Buku ini diberikan oleh sahabat maya AD, cik Nana.Hobi yang sama mempertukan kami. Ini bukan kisah cinta,😆 The best part is dapat card ucapan daripada Nana juga dengan signature penulis. Excited je masa buku ni sampai.


Hiduplah dengan bahagia

Sudah lama AD tidak membaca puisi, namun terus tertarik dengan buku puisi ini. Setiap bait-bait kata yang ditulis terasa begitu dekat, seakan penulis menulis mengenai kisah hidupnya. Tajuknya pon sudah boleh dibuat carekarama di tv3, apatah lagi isinya. Tak perlu menggunakan bahasa klasik, bahasa pasar juga sudah menambat hati jika pandai diolah mengikut rasa hati. Kadang tertanya- tanya apakah sang penulis ini mengalami patah hati lantaran tulisan nya menusuk kalbu.




 
Perempuan di masa lalu, mewakili semua perempuan yang pernah kecewa. Perempuan-perempuan yang setiap malamnya ditemani dengan air mata, mencari kekuatan untuk kembali bangkit walau sukar untuk dilakukan. Perempuan yang kadang masih berperang dengan perasaan nya. Antara fantasi atau realiti. Antara harapan dan kekecewaan.  



Penulisan yang santai, membuai kembali memori lama, tatkala masih merintih sedih, mempersoalkan nasib menghitung hari gapan akan kembali pulih. AD suka sangat 😍 penulis menulis puisi tetapi diletakkan kata-kata semangat, malahan terasa connection antara penulis dan diri sendiri ketika membaca puisi ini. 

Kebiasaanya puisi akan tamat dengan satu muka surat sahaja, tetapi puisi ini terasa berhubung atara satu sama lain. Terasa seperti penulis berbicara dengan diri sendiri. Aneh tetapi benar. Bacalah buku ini pasti membuatkan anda mengimbau kenangan berpuluh tahun kebelakang dan masih boleh tersenyum ketika ini. Ada benarnya apa yang diucapkan di dalam buku ini. Kata-kata yang diolah kadang-kala berbentuk puzzle,membuatkan anda berfikir sejenak tetapi kesan nya menusuk kalbu. Oh ya, anda boleh scan qr code di belakang buku ini untuk mendengar real voice puisi ini. Best kan.

Overall ⭐⭐⭐⭐. Minus ⭐ sebab buku nipis sangat. rasa tak puas baca.😅



anakdenesor

Hi, I’m AD. I'm a high heels librarian and part-time blogger. I love art as much as I love food. LOL.

2 Ulasan

  1. Setuju. Buku ni sangat best!
    Akak bukan peminat puisi, tapi bila baca buku ni terus boleh suka dengan bait2 puisi.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama