[FOOD] Beam Speciality Bean & Roastery.

By anakdenesor - Oktober 25, 2021

 Beam Specility ꘡ AD berkesempatan untuk merasai breakfast dengan tenang di Beam Speciality,Bandar Sri Damansara. Jika anda seorang penggemar coffee anda  patut singgah di BEAM. Disajikan dengan pemandangan yang menarik serta menu yang memikat hati. Lihat saja signage yang mereka gunakan. Simple and bold.

 

BEAM CAFE

BEAM stand for Bean Expedition at Manufactory. BEAM adalah sebuah cafe yang menawarkan pengalaman yang unik dengan  pelbagai pilihan coffee untuk dicuba serta mengetengahkan konsep fusion food.Gabungan antara local food dengan western food, pencuci mulut dan kuih muih tempatan yang sememangnya mengimbau kenangan anda di waktu kecil. Pelbagai pilihan coffee yang anda boleh pilih bermula dengan signature BEAMING BLEND sehinggalah kepada manual brew yang terdiri daripada pelbagai range seperti seperti campuran pemenang anugerah FAIRY PITTA, yang disediakan   di bar minuman khusus BEAM sebagai Pour ver & Syphon.

Bagi anda yang ingin melihat menu terkini boleh klik SINI. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke cafe ini deria bau anda akan disajikan dengan aroma roasted beans. Satu aroma yang menyasikkan bagi penggemar kopi. Dengan hiasan dalaman gudang yang telah diubah suai dengan bertemakan loft mempesonakan mata-mata yang memandang.

 

  Dibahagian atas terletaknya bahagian penghasilan kopi  yang akan dijalankan proces QC oleh mereka setiap pagi

Kami telah disambut oleh barista yang berpengalaman iaitu Mr. Barrie. Difahamkan bahawa cafe ini telah beroperasi selama 8 tahun. Speciality cafe ini bergantung kepada kepelbagaian coffee yang disediakan bermula dengan Dark, medium dan light roast. Kepelbagaian rasanya seperti fruity,floral,tropical fruit, nut dan citrus. Untuk AD yang inginkan kelainan memilih untuk fruity. kagum AD dengan tahap pemahaman Barista ini mengenai penghasilan kopi, jenis2 kopi,asal-usul kopi dan lebih menariknya mereka menjalan QC(quality control )setiap pagi untuk memastikan kopi berada pada tahap terbaik mengikut standard mereka.


Mereka juga menyediakan satu sudut khas untuk merchandise mereka. Pelbagai jenis kopi turut dijual disamping kepelbagaian mesin kopi. anda boleh juga membeli di atas talian SINI rambang mata melihat koleksinya. Anda juga boleh beli trial pack tau. Mereka juga menyediakan pakej subscription coffee dimana anda akan dapat kopi yang segar setiap bulan. Menarik bukan.

Antara makanan yang AD cuba ialah:
  • BEAM breakfast
  • Hot grilled Panini
  • Honey lemon
  • Long black (fruity)
  • Pudding gula melaka 

BEAM breakfast

Hot grilled Panini

Pudding gula melaka
 
Lokasi: 25, Jalan Gangsa SD 5/3b, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
Phone: 03-6261 8255/ 0164626887
ORDER NOW: Whatsapp Order (wa.link/2orwaw)

MCO Business Hours:
Monday – Sunday 9:30am – 4.30pm
Closed on Tuesday
 
 
Price:$$$
Taste:💗💗💗💗💗 
Portion:💗💗💗💗💗 
Repeat: Yes
 
 
 
 

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. cantik kafe dia, kek dia pun nampak macam sedap juga :)

    BalasPadam
  2. What a great place! The decor looks lovely and the food looks delicious as well!
    the creation of beauty is art.

    BalasPadam
  3. thanks for recommendation, kalau ke sana boleh cuba. portion besar nampaknya tu, kalau akak mesti kena share

    BalasPadam
  4. dekat jugak ni dengan rumah, boleh try nanti kalau ada masa. Kafe dia cantik and instagrammable. Thanks AD sebab share tempat ni hihi

    BalasPadam