[Resepi] Ikan sumbat belakang

 Ikan sumbat belakang ꘡Hello Dinosaurians! Kembali lagi kita dengan Satur-Day-Cook! yeahhhh. kali ini AD nak share satu resepi yang ringkas, padat dan semestinya sedap! AD namakan Ikan sumbat belakang, mungkin ada nama lain, kalau ada share di ruangan komen yea guys. Ajommm kite lihat resepi durhaka kali ini.

BAHAN-BAHAN NYA:

  • Ikan cencaru atau nama glamer nya ikan jaket 2 ekor
  • bawang kecil 2 ulas*
  • bawang putih 2 ulas*
  • bawang besar sebelah*
  • cili kering kisar*
  • garam
  • gula
  • asam jawa

CARA-CARA NYA:

  • Cuci ikan jaket dan belah di bahagian atas (tempat kita nak buh lada nanti)
  • blend semua bahan bertanda *diatas 
  • panaskan minyak, masukkan semua bahan kisar tadi
  • masukkan garam dan gula secukup rasa
  • masukkan sedikit air asam jawa untuk balance kan rasa
  • angkat dan ketepikan setelah masak
  • Sumbat sambal yang telah dimasak kepada ikan yang dibelah tadi.
  • goreng sehingga masak.

Ha! amacam, senang kan. kalau anda ada cara memasak ikan sumbat yang lagi senang boleh la share pada AD tau. 


 

Share:

12 Comments

  1. Sedap ni ikan sumbat belakang. Menyelerakan Ad masak.

    BalasPadam
  2. ikan cencaru sumbat ni best. lagi suka klu pedas-pedas hehe

    BalasPadam
  3. selalu saya bakar je... sebab kalau goreng... terkeluar isi sumbat belakang dia...hahaha

    BalasPadam
  4. favourite ni. cuma tang nak buang kulit keras atas tu selalu surrender

    BalasPadam
  5. sedap ni, selalu buat ikan sumbat ni goreng masak kicap :)

    BalasPadam
  6. sedap.. febret ni! mkn ngn bawang kicap.. fuhh

    BalasPadam
  7. wahh..siap resepi lagi ni..tq share AD
    sedap ikan sumbat..suka juga makan..

    BalasPadam
  8. dah lama tak buat ikan sumbat belakang lepas tu goreng gini... biasa akak bakar je sebab takmo minyak kotor heheheh

    BalasPadam
  9. sedap tu. kena plak dgn ikan yg segar. pasti menyelerakan!

    BalasPadam
  10. sedapnya.. favourite mama ni. makan dgn nasi panas dan ulan

    BalasPadam

anakdenesor's bookshelf: read

Hungry Business
One of Us Is Lying
The Enchantress Returns
What Not to Do If You Turn Invisible
Sayap V
Self Love
The Light Jar
Claire's Apocalypse : A Zombie Science Fiction Horror Short Story
I Hope You Stay
2am Thoughts
365 Days of Wonder: Mr. Browne's Book of Precepts
Pendek Mabuk Gila
The Last Shimmer
Trilogi Ajaib #3: AKSARA


anakdenesor's favorite books »