Melaka; Where to eat.

By anakdenesor - September 23, 2021

Melaka; Where to eat.꘡ Since Melaka akan dibuka untuk sektor pelancong bermula 1 October nanti, apa kata kita risik-risik tempat makan yang harus dilawati jika kita melancong ke Melaka based on tempat popular dan wajib singgah. 

1. BIG BOWL ICE

Terdapat 3 cawangan untuk Big Bowl Ice iaitu di Batu Berendam, Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Ianya merupakan kedai wajib cuba untuk anda penggemar ice dessert. Pelbagai pilihan disediakan dan pastinya segar dan menyelerakan.

Gambar daripada last vacation


AD pilih Mango dan Strawberry. Segar dan manis.

Menggunakan ais yang dikisar pastinya menyejukkan tekak. Terdapat pelbagai jenis topping yang anda boleh pilih semestinya membuatkan anda rambang mata disana. Terdapat beberapa size bowl yang anda boleh pilih. Kalau datang bersama keluarga semestinya pilih Big Bowl.

HOW TO ORDER

1. Anda boleh ke kaunter dan memilih size dessert yang bersesuaian dengan citarasa anda

2. Pilih topping dan perisa yang anda mahu

3. Bayar dan tunggu pesanan anda disediakan

2. MAMEE JONKER HOUSE 

Berada di rumah Mamee ini pastinya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dimana AD sendiri penggemar jajan Mamee ini. Mamee Jonker House terletak di No 46 & 48, Jalan Hang Jebat (Jonker Street), 75200 Melaka. 

Ianya terletak di deretan kedai lama, senang untuk dicari. Jadi?apa yang menarik sangat di kedai MAMEE ini? Menariknya kerana anda boleh buat 4 aktiviti di dalam kedai tersebut.

  • Cafe
  • Merchandise
  • Noodle doodle
  • Lil monster kitchen 

A) MAMEE CAFE

Dengan menggunakan Mamee as their main ingredients dalam masakan mereka. Pelbagai menu boleh dicuba.AD cuba nasi ayam kepal mereka yang menggunakan perisa Mamee sebagai sup ayam mereka.



B) MAMEE MERCHANDISE 

Anda boleh melawat Mame merchandise yang disediakan disitu. Pelbagai barangan menarik antaranya mug, goodie bag, pakej mamee dan juga t-shirt.

C) NOODLE DOODLES

Anda boleh personalized Mamee Chef Noodle Cup mengikut citarasa anda sendiri. Boleh Mix and Match seasoning dan condiments. Tentunya merupakan souvenir yang istimewa bagi mengingati trip anda ke Melaka. Tunggu apa lagi, start doodling sekarang.

D) LIL MONSTER KITCHEN

 Pernah tak anda berasa curious, rasa ingin tahu bagaimana Mamee dihasilkan? Ha jangan risau, anda boleh terokai sendiri penghasilan Mamee di kitchen Monster ini.


lokasi:  

46 & 48, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

3. ASAM PEDAS RACHUN


Lokasi:

 No 12, Jln KPKS1, Kompleks Perniagaan Al-azim, 75200 Kota Syahbandar, Melaka

Pelbagai menu disajikan disini dengan harga yang berpatutan. Anda boleh baca pengalaman AD makan di restaurant ini SINI

4. EE JI BAN CHICKEN RICE BALL

 Jangan lepaskan peluang untuk makan nasi ayam bebola daripada ee ji ban. Merupakan salah satu kedai yang paling popular di melaka. Jangan risau, servis yang diberikan sangat pantas cuma kena bersabar menunggu giliran. Sebab kedai ini memang sentiasa penuh. Dengan harga yang berpatutan memang berbaloi untuk makan disini.



lokasi: 

275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Harap dengan pengkosian kali ini anda dapat merancang jadual anda tapi SOP jangan lupa yea..patuhilah SOP.  




  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. Salam. No. 1 dan 2 teman pernah singgah.
    Rindu Melaka...

    BalasPadam
  2. Semua akak tak pernah pergi lagi ... bila plan trip ke Melaka kena masukkan ni :)

    BalasPadam
  3. nampak gaya mcm kedai asam pedas rachun je ada harapan utk abahnya masuk..yg lain tu tgk nama pun confirm dia reject huhu

    BalasPadam
  4. rindu nak pi melaka makan asam pedas ori sana AD :)

    BalasPadam
  5. wah banyak tempat baru ni tak pernah pergi walhal berjiran je dengan muar. Nak tanya ee Ji Ban chicken rice ball tu kedai melayu ke cina. Maaf tanya

    BalasPadam
  6. comfirm padat la bandar melaka tu... dah lama betul tak sampai ke melaka walaupun takla jauh sangat

    BalasPadam
  7. Terus teringin ke Melaka lagi yg sudah lama ku tinggalkan. Yummy and marvellous...

    BalasPadam
  8. Menariknya Mamee Jonker House tu.
    Semua yang AD sebut tu akak tak pernah tau pun 😄

    BalasPadam
  9. Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia..:)

    BalasPadam
  10. teringin nak pergi Mamee Jonker House tu. last time makan, order dari Foodpanda aje. malas nak keluar dari bilik hotel

    BalasPadam
  11. rasa macam dah habis round melaka tapi byk lagi yg mama tak sampai huhu

    BalasPadam