Monokromatik by Iqbal Rafiuddin #12

By anakdenesor - November 27, 2020

 

Title:Monokromatik

Author: Iqbal Rafiuddin

Format: Paperback

Page: 190 pages

Rafiq menyedari bersama Adira menjadikan dirinya seperti berada di dalam sebuah ensiklopedia gila. Semua yang berlaku di sekitarnya adalah mental. Yakinkah kita ini normal?

“Korang kena tahu something, sebenarnya berapa kerat sangat orang dalam dunia ni yang betul-betul normal akal fikirannya? Korang, aku sendiri, semua orang ada masalah mental. Korang fikir korang dah cukup normal?”MPD. Multiple Personality Disorder. Sejauh manakah anda tahu mengenainya?


Buku ni AD dapat daripada kak Sha http://kasihkuamani.blogspot.com/ sebagai buku extra untuk segmen book exchange. For those yang tak tahu buku exchange tu apa..ha boleh lihat di SINI. AD sebenarnya rasa teruja setelah baca review daripada Ika di instagram beliau. Genre Gore, Psiko dan mental sememangnya membuatkan pembacaan buku ini sepatutnya menjadi lebih menarik. AD sangat memilih untuk membaca buku karya tempatan. Mereka bagus cuma buku yang AD jumpa setakat ini kebanyakkan bertemakan cinta cintun, jadi bila dapat buku yang bergenre sebegini sememangnya excited.

Tajuk buku ni sahaja membuatkan kita berfikir. MONOKROMATIK yang dalam istilah cahaya membawa maksud cahaya dengan satu warna yang terdiri daripada riak warna yang hampir sama eg:lampu LED. Ini mengikut pemahaman AD. *Mohon pencerahan jika salah info Manakala cover buku yang cantik dan misteri menggambarkan 2 muka yang berbeza perwatakan. Satu gambar sedang menagis manakala satu lagi seolah olah mempunyai penderitaan yang tak digambarkan.


Permulaan cerita yang berjaya hooked AD dengan ayat "Jangan tegur Adira jika kau tidak mahu menyesal" Jujur AD katakan AD sangat teruja untuk membaca buku ini. Namun keterujaan itu seakan lenyap dengan beberapa kesalahan ejaan penulis. Dah ade spoil disitu. Menariknya AD hanya perlukan 1 hari untuk menghabiskan buku ini. Ada babak yang AD tak sangka like plot twist, well biasala kne ada babak percintaan, tapi AD masih boleh terima coz kisahnya xde la mcm tangkap leleh sangat kan😸 just ada babak yg mcm "wah ni cerita apa ni, siap boleh tag along lawan musuh sesame" Then persoalan macam adira ni ada belajar seni pertahankan diri ke?  rasa cam fantasi sangat la pula.

Then masih ada beberapa bahagian yang bagi AD masih ada lopongnya..mungkin disebabkan ini adalah karya pertama beliau. Beberapa persoalan mengenai watak sampingan seperti ibunya like kenapa ibu Adira berubah perwatakan semenjak ayahnya tiada, then what happens pula pada abg adira sebab watak die sekejap je muncul. Then selepas kejadian 13 tahun yang lepas tidak diberitahu secara jelas adakah kakak adira masih hidup atau tidak kerana flashing back just mcm tu and xde details yang cukup. It's like mak die tetibe ada atas kusi roda then perwatakan mak die mcm sinis sepanjang masa, abg die jd super protective. Just would be nice if minor characters ini juga dikembangkan kisahnya akan memberikan impak yang besar kepada buku ini. Para pembaca menjadi lebih faham. Jika dilihat pada tajuk, AD rasa tertarik utk baca kerana menceritakan mengenai psiko, gore genre..mungkin expectations AD tinggi sangat kot..

anyway ⭐️⭐️over⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. Tapi cover buku dia memang lawa hehe

    BalasPadam
  2. blognya bagus dan banyak kunjungannya, semoga selalu sehat supaya tetap bisa berbagi cerita. Salam kenal

    BalasPadam
  3. alamak, buku ni byk persoalan yg tergantung :( tak puas baca ni

    BalasPadam
  4. Desain covernya digarap baik.
    Menarik perhatian.

    Sepertinya kisah buku ini juga keren penulisannya, ya ..

    BalasPadam
  5. cover dia tu mcm unik tp ada scary sikit hheheh

    BalasPadam
  6. Cover buku tu mmg menarik utk orang membacanya. Mungkin 1st buku kan, sebab tu ada kekurangan sana siNi kan.

    BalasPadam
  7. Cover dah lawa tapi sayang isinya kelaut ye

    BalasPadam
  8. Cover dia okay tapi cerita dia kurang umph..

    BalasPadam
  9. cover ala ala comel seram. Ye, setuju dengan manusia ada masalah mental. Agak tak best bila baca buku ada typo. spoil mood kan. Novel pertama penulis mungkin lebih baik di masa akan datang.

    BalasPadam
  10. Tak pernah baca lagi novel ni. Tapi Cik TK memang suka genre macam ni.

    BalasPadam