Biskut chocolate chip confirm jadi

By anakdenesor - November 14, 2020

 Biskut chocolate chip ꘡ Biskut ni dapat ilham daripada biskut Famos Amos..tapi yang bestnya resepi  ni  kita boleh control rasa manis yang ada dalam biskut ni.. Sedap seakan famos amos. So apa tunggu lagi jom kita terjah. AD buat biskut ni masa raya aritu, sekejap je dah licin anak buah sapu makan. Resepi ni daripada siraplimau.com


1. BAHAN A: KACAU RATA

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

  • 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. TAMBAHKAN BAHAN B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. (Saya guna 300g)

3. SEJUKKAN ADUNAN

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. SEDIA DIBAKAR

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. MASUKKAN DALAM OVEN

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.



  • Share:

You Might Also Like

23 comments

  1. Memang ketagih makan.
    Boleh cuba untuk projek duduk rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..ni buat ni anak buah je hadap..die habiskan

      Padam
  2. rajinnya buat biskut.. nanti boleh lah pinjam resepi.. nak merasa juga biskut tu rasa macam mana.. confirm sedap! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahha sila cuba..ni first time buat terus jadi..insyaallah menjadi

      Padam
  3. rajinnyaa!!! tapi bestkan klu rajin buat cookies ni.. i tak buat sbb i cepat naik badan.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. dugaan weh..bende manis cepat la habis..sama la badan da berat hahaha

      Padam
    2. tau xpa.. sbb tu takpala.. biar oven duduk dalam kotak hahaha

      Padam
  4. aida ada tau simpan resepi biskut chipsmore.
    hmmmm lama da, tapi tak pernah try ha ha ha ha :)
    ari tu raya, konon nak buat, nan hado!
    tu la kan. biskut ni simple.
    kita boleh kawal rasa dia, jgn terlebih manis kan.
    jadik kudapan anak-anak di rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la aida..ni buat pon sebab da lama terperap resepi die..hahah seb bek try menjadi hihihi...
      aah betul,kite boleh kawal manis die tu

      Padam
  5. yes! resepi ni confirm jadi, suka tambah almond flake juga, sedap..

    BalasPadam
  6. macam senang jer nak buat..

    cuma memamg saya tak akan buat punya hehehehe

    BalasPadam
  7. I love this recipe 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  8. Antara biskut yang sedap ni. Saya suka aroma biskut yang sedang dibakar dalam oven. Rasa tak sabar nak makan.

    BalasPadam
  9. macam best je !! boleh buat berapa bekas dah ni , makan confirm tak boleh stop dah hehe

    BalasPadam
  10. wah...nampak sangat sedap...boleh la buat kudapan time pkpb ni...

    BalasPadam
  11. resepi nampak mampu untuk dicuba buat. musim pkpb ni, boleh test drive skill baking ni :-)

    BalasPadam
  12. Sedap tau kalau buat biskut sendiri kan. Seronok buat biskut menjadi. Sedap memang terlajak laku.

    BalasPadam
  13. Boleh try ni. Elok lagi dari makan jajan jer kan...

    BalasPadam
  14. biskot cemni mmg cepat je laju habis.. kanak2 lagi suka..
    kadang2 tu dok tngk tv nak ngap benda.. tau2 habis hehe..

    BalasPadam
  15. Adoilah.. bak pinjam sikit kerajinan tu.. hehehe..
    sedap biskutnya..

    BalasPadam