Hye all.. Semoga sentiasa sihat,yang mana akan bekerja esok AD ucapkan selamat bekerja. Okay harini AD nak story sikit mengenai Vitamin E cream daripada keluaran Cosmodem.
Disclaimer: Ini bukan review berbayar
Harga asal RM 20.90 time beli ni promosi dapat RM15 untuk 50ml.
Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil contains 24 ingredients. It's free of harmful alcohols, allergens, gluten, sulfates and parabens. But we have found comedogenic components, fungal acne feeding components, silicones, polyethylene glycol (PEG) and synthetic fragrances. (Sumber:Internet)
Ingredients:
Aqua, DL-Alpha-Tocopherol, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Dimethicone, Isopropyl Myristate, Stearic Acid, Glycol Stearate, Capprylic/Capric Triglyceride, Cetearyl Alcohol (and) Cetereath-20, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Phenyl Trimethicone, Phenoxyethanol, Sorbitan Caprylate, Hydroxypropyl Methylcellulose, Fragrance, Triethanolamine, Carbomer, BHT, Rosa Canina (Rosehip) and Hyaluronic Acid. (Sumber:Internet)
My Review
Kisahnya semenjak masuk dunia 3series ni tetibe hormone buat hal..sebelum ni tak pernah ada masalah jerawat, sekarang ada je muncul. Dah la kulit AD ni jenis sensetif, parut jerawat tu akan bertukar jadi warna hitam and nak hilang punya la lama dek oii..tak larat nak tunggu. So gegeh la AD dok cari krim yang boleh memudarkan jerawat dengan pantas. Based on the reviews, keberkesanan krim ni sangat memuaskan. Oh ya, krim ni sesuai untuk kulit muka normal to oily. Baru je lagi AD guna krim ni. AD start pakai 25/4 tapi sekarang dah boleh nampak perbezaan dia. Baru lebih kurang seminggu guna parut di muka kelihatan pudar dan makin cerah. See the pics below.
Texture
Texture krim ni yang light dan cepat meresap, so tak payah risau kalau nak make up kulit muka terlebih minyak kan dan yang paling best tu lepas pakai krim ni nampak kulit glow glowing gitu. Tapi jangan la letak banyak sangat sat g boleh buat minyak masak die punya berminyak tu..heheh. Krim ni AD pakai selepas gunakan toner dan waktu malam..sebab siang AD guna The ordinary punya produk, saja malas nak campur. Bila pakai malam, pagi tu bila bangun tidur, kulit rasa best giler..soft je tau..rasa macam elastic giler kulit.
Bau
Bau yang menyenangkan, wangi mungkin daripada Roseship oil.
Rating
AD akan update lagi selepas sebotol ni habis untuk tengok keberkesanan nya nanti.
Until Then ~`XOXO~~v