Ramadhan 2020

Salam Ramadhan semua.


My very first post for this year. Hope everyone doing well.

MAKNA RAMADHAN
Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaannya adalah panas terik dan kering. maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan (credit to http://syariah.perak.gov.my/)

Sinonim ketika waktu ramadhan biasanya malaysia akan berpanas terik kan. Bagi AD berpuasa sorang diri tu dah biasa sejak zaman belajar lagi, tapi yang rare nya tahun  ni berpuasa pada musim pkp dan cuba bayangkan jika pkp disambung sehingga raya..sobsob raya di perantauan la jawapnya. Its okay, goverment da cuba sehabis baik dan kita harus patuh. Now back to the topic, Ramadhan. Bagi AD, akan ambik masa dalam 3 hari pertama untuk badan suaikan diri dengan puasa, mase tu badan akan lemau semacam je. After 3 hari bila badan da adapt da boleh da lakukan aktiviti macam biasa. 


Tahukah anda, jika rugilah seseorang umat islam itu jika berpuasa sepanjang hari tapi tidak melakukan 4 perkara ini. Jom check sesame:

  • Bangun bersahur tapi tidak menunaikan sekurang kurangnya 2 rakaat solat sunat
Jika sebelum ni sahur bangun cukup cukup masa je.mungkin sekarang boleh awalkan. Secara tak langsung boleh mengelakkan kita daripada kelam kabut menyediakan juadah sahur kan. Alang alang dah bangun awal tu apa kata mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Lagi banyak rakaat lagi bagus.

  • Hari hari yang berlalu tanpa sedekah
Sedekah boleh dalam banyak bentuk. Sedekah sesama manusia, mungkin masa masak juadah untuk berbuka boleh masak lebih untuk bagi jiran kan.Dapat pahala tau memberi makan pada orang yang berpuasa. Sedekah kepada haiwan. Macam AD akan spare makanan kucing dalam kereta sebab dah selalu jumpa kucing jalanan. time tu nak bagi makan xde pulak makanan so start dari tu memang AD akan spare terus dalam kereta. Lagi lagi musim pkp, banyak kedai tutup diaorang takde sumber makanan. 

  • Rugilah kalian jika menunggu waktu berbuka tanpa menadah tangan untuk berdoa.
Doa orang yang berpuasa adalah antara doa yang mustajab dan waktu mustajab untuk berdoa pula adalah waktu berbuka  so apa lagi guys, manfaatkanlah waktu tersebut sebaiknya. maka doalah banyak banyak. Jangan malu untuk mintak banyak sebab ALLAH itu maha besar..kalau boleh specifickan kemahuan kita  contoh nak kereta bmw warna biru model sekian sekian..itu contoh yaa.

  • Tidak meningkatkan ibadah
Bulan Ramadhan la time kita mudah sangat nak dapat pahala tapi kalau spanjang hari kita dok baring, dok tidur, solat kelaut kan sayang tu. Syaitan kan tiada time ni so perasaan malas tu datangnya daripada diri kita sendiri maksudnya. Rugi sangat tau. Mungkin dulu kita kata sibuk la,penat kerja balik kena masak lagi tak cukup masa untuk pertingkatkan amal. Sekarang PKP apa lagi alasan anda?


Diharapkan sempena bulan mulia ni kita dapat meningkatkan ibadah, perbanyakkan sedekah, Maafkan salah silap AD secara langsung dan tidak langsung. moga kita bertemu dengan malam seribu bulan dan semoga dunia bebas daripada Covid.

~XOXO~AD 
 

61 ulasan:

  1. Hayırlı Ramazanlar olsun 😊

    BalasPadam
  2. Betul sgt. Before berbuka, jadikan habit untuk berdoa. Selalu sgt ramai terleka pasal ni termasuk saya. Hehe nice sharing btw :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..takpe tak terlambat lagi nak jadikan habit hehe..tq yea

      Padam
  3. Salam ramadan
    Semoga kita bukan dalam kalangan orang yang rugi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa..aminnn mudah mudahan terhindarlah.

      Padam
  4. salam Ramadan kareem buat AD sekeluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih akak! Selamat berpuasa juga untuk akak dan keluarga..#staysafe heheh

      Padam
  5. moga2 dapat lah di manfaat seperti yang sis kata tu .. done follow back 414

    BalasPadam
  6. salam Ramadhan buat AD, selamat menunaikan ibadah puasa ya!

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas ingatkan.
    Dah follow balik #416.

    BalasPadam
  8. Salam Ramadhan semoga amal kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn moga diterima dan dipermudahkan segala urusan kita semua

      Padam
  9. SALAM RAMADAN RAIKAN BULAN MULIA DGN IBADAH BERSUNGGUH

    BalasPadam
  10. Hello, I loved this post, I have been most interesting.
    I loved your post, I did not know your blog, do you want us to follow each other? you tell me regards

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for visiting my blog..sure! let's follow each other.

      Padam
  11. Selamat Ramadan, selamat menunaikan ibadah puasa! :D

    BalasPadam
  12. Nice sharing AD!! :) Selamat berpuasa tau! harap-haraplah dapat puasa penuh kan? haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh harap sanagt tau..hikhik..walaupun harapan palsu haha

      Padam
  13. Salam Ramadhan AD...
    Alahai siannya berpose sorang sorang....
    Itulah tu masa PKP ni dah tak de alasan lagi ckp tak sempat nak buat benda tu semua kan...Insyaallah semoga kita semua diberikan kekuatan utk melakukan yg lebih baikkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la orang bujang kan..stay pulak sorang mmg hari hari kita cakap ngan dinding jela hahah..aminn moga diberi kekuatan..ni dua tiga hari cuaca elok ja mendung tak terik pon kan..mudah je berpuasa

      Padam
  14. Selamat menjalankan ibadah puasa.
    Salam kenal kembali dari Indonesia :)

    BalasPadam
  15. Salam ramadan AD,kembali follow.btw Ad study di mana sekarang?

    thanks utk peringatan,kalau puasa tahan lapar dahaga tp ibadah tak buat mmg rugi lahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa Nana. AD da kerja la Nana,tapi sebab stay sorang kan..jadi berpuasa pon sorang sorang la sekarang. Iyea betul tu..ibarat puasa yang sia sia.

      Padam
  16. Perkongsian yang ohsem..
    Salam Ramadan AD..
    Selamat bersahur, berpuasa dan berterawih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah moga bermanfaat.
      Selamat berpuasa juga pada kak sha dan family

      Padam
  17. Wah, tipsnya bermanfaat sekali. Sayang sekali kalau kita berpuasa di bulan Ramadhan tapi ibadah masih sama seperti sebelum bulan Ramadhan. Harus mulai menata niat menambah ibadah.

    Ngomong-ngomong salam kenal kembali ya.😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar sekali..seolah olah tiada bezanya bulan ramadhan dan bukan bulan ramadhan kan.

      Padam
  18. Selamat menunaikan ibadah Ramadan, dik.

    BalasPadam
  19. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Lama awak menyepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ramadhan juga sis..Haa tu la, padahal banyak je bende nak update cuma tak terbukak langsung..since pkp ni kita nak jadi aktif balik la

      Padam
    2. Ada hikmahnya musim PKP ni dapat aktif semula berblog kan :)

      Padam
  20. Balasan
    1. Selamat menjalani ibadah puasa ejul dan keluarga

      Padam
  21. Salam Ramadan anakdenesor! Lama tak nampak hehe.

    BalasPadam
  22. Salam Ramadhan AD. Lama nau menyepi,welcome back!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hiihihi 4bulan tak update pape kan..hahaha..nasib masih ada pembaca haha

      Padam
  23. Salam dan selamat melaksanakan ibadah puasa ya mbak. Semoga sehat selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa juga Adi..aminn...terima kasih ya

      Padam
  24. Salam Ramadan! Done follow blog..hehe..jom follow saya pulak~

    BalasPadam