Hello peeps!
Arini AD nak ajar macam mana nak buat bantal kereta sendri..haaa customized sket baru rasa bantal tu lebih beharga kan..yang ni AD buat untuk letak dalam kereta sndri..saja nak cntikkan dalam kereta sbb rasa kosong je kan.Jangan risau cara nak buat bantal ni senang je tau..jom kite tgk items yang diperlukan.
ITEMS
- Gunting kain
- felt
- fiber
- jarum peniti
- benang
- template(gambar)
Pertama sekali anda perlukan template untuk sebarang bentuk yang anda inginkan,macam AD gunakan silhouette perempuan sebab rasa macam unik je kan. Selepas itu,print template tadi dan tekap ke atas kain felt..dan gunting mengikut template.Sila rujuk gambar di bawah.
AD lekatkan kain felt tersebut menggunakan jarum peniti dan jahit menggunakan jahitan jelujur halus.Rujuk gambar dibawah.
Setelah selesai mejahit silhouette teruskan pula dengan jahitan sekeliling felt dengan jahitan insang pari.Rujuk gambar dibawah.
Make sure jangan jahit sehingga habis dulu,kerana kita nak masukkan fiber ke dalam bantal..fungsi fiber ni nak bagi bantal ini penuh gebu gemok begitu..hahaha..setelah masukkan fiber dan teruskan menjahit sehingga habis.
Tada!! cantik tak AD buat?hhehe