Pages

Skip to main content

Soal jawap agama




Saya ingin bertanya apakah hukum membaca al-Quran di rumah dengan tidak memakai tudung terutamanya bagi kaum wanita? 
Menutup aurat bagi kaum wanita adalah wajib apabila berada di luar rumah. Ketika membaca al-Quran di rumah, kita dituntut memakai pakaian yang menutup aurat, berada di tempat elok dan kedudukan yang elok sesuai dengan ketinggian al-Quran tersebut. Namun tidaklah wajib menutup aurat sebagaimana menutup aurat seperti di luar rumah, sekadar memakai pakaian yang sopan. 
  


Apakah hukum sekiranya seseorang membatalkan puasa sunat apabila ada kenduri atau jamuan makanan pada hari tersebut?

Dalam hal ini, kita dibenarkan membuka puasa sekiranya terdapat jamuan atau kenduri kerana Rasulullah SAW sendiri menganjurkan kita berbuat demikian. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah SAW yang bersabda: “Suatu hari Rasulullah keluar dan berkata, ‘Saya sedang berpuasa.’ Lalu aku berkata kepada Baginda, ‘Wahai Rasulullah, ada orang yang memberi hais kepada kita.’ Baginda berkata, ‘Bawa ke sini, sebenarnya saya sudah berniat puasa.’ Kemudian Baginda pun makan.”(Hadith riwayat Muslim) 

*sumber pendidik 



Hukum memakai inai bercorak dan dilukis berbentuk lukisan bunga atau daun. Adakah haram dan menyerupai tatu?
Berkenaan hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syara’ adalah dilarang.


Mohon diberi penerangan perbezaan antara zakat, infaq dan sedekah 

Dalam penjelasan tentang makna istilah dari zakat, kita telah mengetahui bahawa zakat adalah kewajipan harta yang spesifik, memiliki syarat tertentu, hak yang tertentu dan waktu tertentu. Sedangkan infaq iaitu mengeluarkan harta yang mencukupi zakat dan bukan zakat.
 
Infaq ada yang wajib ada yang sunat. Infaq wajib, diantaranya infaq kepada fakir miskin sesama Muslim , infaq bencana alam dan sebagainya.
 
Sedangkan sedekah maknanya lebih luas dari zakat dan infaq. Sedekah boleh bermakna infaq, zakat dan kebaikan bukan material. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. memberi jawapan kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak bersedekah dengan hartanya, beliau bersabda :
“Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma’ruf sedekah, nahi mungkar sedekah sedekah dan menyalurkan syahwatnya pada isteri juga sedekah”.
Sedekah adalah ungkapan kejujuran (shidq) iman seseorang. Oleh kerana itu Allah s.w.t. menggabungkan antara orang yang member harta di jalan Allah dengan orang yang membenarkan adalah pahala yang terbaik. Antara orang yang bakhil dengan orang yang mendustakan. 

Disebutkan dalam surah Al-Lail ayat 5-10 yang bermaksud : “adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak kami menyiapkan baginya (jalan) yang sukar”.
Wallahu’alam
 
 * sumber muftiselangor
Hi, I’m Nad.Full time librarian and part time blogger, not to mention that I develop S.O.S (save our space) The Digitalization of damaged books.

Comments

  1. haritu ammi tegur anak dara ammi sebab mengaji tak bertudung. pastu dia kata.."ammi, ustazah kata its ok if we don't wear tudung bila mengaji dirumah tapi pakai baju sopan."..

    malu ammiiiii.. kurang belajar rupanya ammi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pon tak tahu..then ade satu masa dulu ade orang share gambar orang mengaji pkai telekung tapi nampak tangan..then ramai yang berdebat pasal isu tu..baru masa tu la AD tau pasal tak wajib bertudung klo mengaji kat rumah

      Delete
  2. owhh jadinyaa..tak perlu bertudung, cuba berpakaian sopan bila mengaji.. baru tauuu juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dirumah la..klo diluar tu kne la tutup semua kan.

      Delete
  3. info yg bagus., sesmogaa dpt dimanfaatkan., ;p

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  5. saya pun sebenarnya selalu berlitup juga kalau mengaji walau di rumah sorang2, dah terbiasa hehe

    ReplyDelete
  6. satu info yang sangat berguna dan bermanfaat dalam menjawab segala kemusyikilan dalam beribadah

    ReplyDelete
  7. Terima kasih infonya....sebagai membalas kunjungan di blog akk, terima kasih sudi berkenalan.

    ReplyDelete
  8. Baru tahu tak perlu tutup aurat sepenuhnye bila baca quran kat rumah. Thanks AD share info

    ReplyDelete
  9. Pasal Pasal tudung dan baca al-quran kat rumah tu selalu gak tertanya-tanya.

    ReplyDelete
  10. biar tahu, jangan keliru..terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang sangat berguna dan bermaklumat

    ReplyDelete
  12. Hello!! this is really interesting, thanks for sharing this information.

    Blessings!!

    ReplyDelete
  13. Mak akak dulu2 mewajibkan menutup aurat bila baca quran..sampai skrg dh terbiasa mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeala kita dedulu pon mmg dah terbiasa mcm tu..

      Delete
  14. thank u for the great sharing^^

    ReplyDelete
  15. Teşekkürler paylaşım için 😊

    ReplyDelete
  16. thanks for the share.....kdg kdg persoalan tu tampak remeh...tpi rumit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kadang kala timbulkan salah faham tau..

      Delete
  17. Terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. Perkongsian yang bermanfaat..
    TQ AD..

    ReplyDelete
  19. Good sharing untuk ramai lebih faham dan jelas.

    ReplyDelete

Post a Comment

anakdenesor's bookshelf: read

Fangs a Lot: Final Notes from a Totally Lame Vampire
Be Prepared
The Lie Tree
When I Was a Kid 4
When I Was a Kid 5
Aku, Kau & Sekolah
Poop Happened!: A History of the World from the Bottom Up
Caveboy Dave: More Scrawny Than Brawny
i before e
Zombie Kid
AWAN
101 Things You Should Know About Math
How to Be Single
My Diary: The Totally True Story of Me!
When I Was a Kid 3
Diary of a Wimpy Kid
Open This Little Book
30 Kesaksian Pengamal Tahajud
When I Was a Kid 2
Once Upon a Miao #3: Even More Stories from the Other Side of Malaysia


anakdenesor's favorite books »