Solat Jumaat dan dalilnya



Hari jumaat selalu dikaitkan dengan solat jumaat, dan AD tertanya tanya bagaimana dan dimana wahyu mengenai solat jumaat pertama diturunkan. 

Nabi SAW bersabda mengenai hari Jumaat:
“ Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat Adam diciptakan, pada hari Jumaat pula dia masuk ke dalam syurga, dan pada hari Jumaat pula dia di keluarkan daripadanya. Dan tidak sekali-kali hari kiamat terjadi pada hari Jumaat.” [2]
Diberi nama hari Jumaat kerana orang ramai berhimpun pada hari itu untuk mengerjakan Ibadah pada hari Jumaat. Hari Jumaat juga merupakan hari raya mingguan umat Islam yang datang secara berulang setiap minggu. Rasulullah SAW memerintahkan supaya menghadiri dua khutbah dan mengikuti solat Jumaat, serta mengingatkan umatnya daripada memandang rendah akan masalah ini. Untuk itu, Baginda menjelaskan bahawa meninggalkan solat Jumaat mengakibatkan seseorang terhina dan hatinya dikunci mati oleh Allah SWT. 

Dalilnya:
Daripada Ibn ‘Umar dan Abu Hurairah ( r.anhuma ), bahawa mereka berdua pernah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah diatas mimbar:
“ Hendaklah setiap kamu benar-benar menghentikan kebiasaan mereka meninggalkan solat Jumaat atau Allah benar-benar akan mengunci mati hati mereka, kemudian mereka benar-benar termasuk orang yang lalai.” [3]
DALIL PENSYARIATAN

Dalil pensyariatannya berdasarkan firman Allah SWT didalam surah al-Jumu’ah ayat 9, maksudnya:
“ Hai orang-orang yang beriman, apabila diseur untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.”
Solat Jumaat difardukan di Mekah, tetapi masih belum dilaksanakan kecuali setelah Nabi SAW berada di Madinah memandangkan saat itu kaum Muslimin masih belum memiliki kekuatan. Solat Jumaat yang pertama dilakukan oleh Nabi SAW ialah kalangan Bani Amr Ibn Mu’adz yang terletak diantara Quba’ dan Madinah, secara tepatnya di lembah Ranunah. [4]

Dalil daripada ayat al-Qur’an ini dikuatkan lagi dengan beberapa hadis, antaranya:

1. Daripada Abu Hurairah ( r.a ), bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“ Kita adalah umat yang terakhir, tetapi pada hari Kiamat nanti, kita akan menjadi umat pertama yang akan dihisab, perbezaannya hanyalah mereka diberi Kitab ( Taurat dan Injil ) sebelum kita dan kita menerimanya sesudah mereka. Kemudian hari ini merupakan hari yang diwajibkan melaksanakan ibadah kepada mereka, tetapi mereka berselisih pendapat, sedangkan kita diberi petunjuk oleh Allah untuk mengetahui dan memuliakan hari seperti ini. Oleh itu, orang-orang sebelum kita menjadi pengikut kepada kita. Jadi, orang-orang Yahudi melaksanakan ibadahnya pada hari esok ( Sabtu ), sementara orang-orang Nasrani pada hari lusa ( Ahad ).” [5]

2. Daripada Thariq bin Syihab ( r.a ), daripada Nabi SAW:
“ ( Sembahyang ) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.” [6]

3. Dari Ibn Mas’ud ( r.a ), bahawa Nabi SAW memberi peringatan kepada orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat dengan bersabda:
“ Sebenarnya, aku berniat hendak menyeruh seseorang menjadi imam kaum muslimin agar mereka mengerjakan solat secara berjemaah, lalu aku pergi membakar rumah orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat itu.” [7]



Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah
 
Semasa pemerintahan Saidina ‘Umar r.a, permulaan tarikh dalam Islam ditentukan berdasarkan Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Ini dijelaskandalam hadis daripada Sahl bin Sa’diyang bermaksud dipilih penanggalan tarikh bukan dari Nabi diutuskan bukan juga dari wafatnya baginda tetapi dari permulaan Madinah. 
 
Menurut Ibn Ishaq, Rasulullah tiba di Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal, ketika berumur 53 tahun dan selepas 13 tahun kenabian. Sheikh Mahmud al-Falaki menyatakan permulaan tahun pertama Hijrah adalah dikira dari hari pertama baginda SAW masuk ke kampung Quba’di pinggir bandar Yathrib (Madinah). 
 
Menurut beliau,baginda SAW masuk ke Quba’pada hari Isnin8 Rabiulawal bersamaan20 September 622M. Sesetengah ahli-ahli falak Islam yang lain berpendapat baginda SAW masuk ke Quba’pada hari Jumaat 24 September 622M. Muhammad Tahir Jalaluddin71(1936) menyatakan hijrah Nabi dari Mekah ialah pada pagi Isnin 2 Rabiulawal tahun ke 13 kenabian ketika berusia53 tahun dan baginda tiba diQuba’hari Isnin 9 Rabiulawal tahun hijrah bersamaan 20 September 622M.
 
Tarikh lain Rasulullah SAW tiba di Quba’ialah pada hari Isnin 8 Rabiulawal 1H tahun ke14 kenabian bersamaan 23 September 622M .Dapatan lain menunjukkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 28 Jun 622M dan 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M ketika nabi berumur 53 tahun qamariyah dan tinggal di Quba’empathari iaitu, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis. Kemudian baginda menuju ke Madinah pada subuh Jumaat bersamaan 12 Rabiulawal tahun 269 Arabiah bersamaan 24 September 622M. Baginda telah sembahyang Jumaat dengan Muhajirin dan Ansar, iaitu Jumaat pertama dalam Islam pada tempat yang dikenali sekarang dengan masjid Jumaat di Madinah.
 
Solat Jumaat Pertama Rasulullah SAW di Madinah 

Apabila tiba di Quba’, Rasulullah SAW bermalamdi sanaselama empat malamiaituhari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Ada berpendapat baginda bermalam di Quba’ selama 18 malam, beberapa belas malam, 22 malam danal-Waqidiberpendapat 14 malam. Imam Bukharimenukilkan beberapa belas malam.
 
Di sana baginda mengasaskan Masjid Quba’dan bersembahyang di dalamnya. Masjid Quba’adalah masjid pertama yang dibina dalam Islam. Kemudian, pada hari Jumaatbaginda bertolak menuju ke kota Madinah, dan semasa waktu solat Jumaat baginda sampai di kampung bani Salim bin ‘Awf. Di situ baginda bersolat bersama mereka di sebuah masjid dilembah Ranuna’,menurut Ibn Sa‘ad baginda sembahyangJumaat bersama-sama 100 orang jemaah. ini adalah solat Jumaat pertama baginda di Madinah.
 
Pada hari Jumaat itu nabiSAW sendiri menyampaikan khutbah dalam solat Jumaat.Sebelum itu, sembahyang Jumaat sudah dilakukan oleh golongan Ansardi Madinah sebelum hijrah baginda SAW, mereka melihat orang Yahudi berkumpul pada setiap hari Sabtu manakala orang Nasrani berkumpul pada setiap hari Ahad, maka mereka memutuskan untuk berkumpul mengingati Allah dan bersembahyang dua rakaat pada hari Jumaat. 
 
Selepas itu, turun ayat surah al-Jumu‘ah dimana Allah SWT membenarkan perbuatan mereka itu,Jumaat inidipimpin oleh Sa‘ad bin Zurarah di Naqi‘ al-Khadimat bersama 40 orang lelaki. ni adalah solat Jumaat pertama dalam Islam dan solat Jumaat Rasulullah SAW di bani Salim bin ‘Awf dikenali sebagai solat Jumaat pertama baginda SAW apabila tiba di Madinah.
 

77Ibid.

 78Ibn Kathir (1997), op.cit.,h. 238-239.  

79Dalam Sahihal-Imam al-Bukharimenyatakan baginda SAW tinggal di perkampungan bani ‘Amru bin ‘Awf selama beberapa belas malam dan mengasaskan masjid di sana yang dibina atas dasar takwa. Lihat dalam Sahihal-Bukhari, j. 2.Bab Hijrah al-Nabi SAW wa ashabihi ila al-Madinah,(T.T.P. ): Dar al-Fikr, h. 258.

 80Ibn Hisham (1955), op.cit., h. 494. 

81Ibid 

82Lembah Ranuna’ (tempat di antara Quba’ dan Madinah).

 83Ibn Kathir (1997), op.cit., h. 239

 84Lihat Ibn Hisham (1955), op.cit., h. 494. Lihat al-Tabari(1961),op.cit., h. 394. Lihat Ahmad Thalbi

85Lihat tafsiran surah al-Jumu‘ah ayat 9 dalam tafsir Ibn ‘Ajibah (tafsir golongan sufi), CD al-Maktabah al-Shamilah. Al-Mulla ‘Alial-Qaridalam kitab Mirqatu al-Mafatih SharhMishkat al-Masabih, CD al-Maktabah al-Shamilah. Ahmad bin ‘Alial-Qalqashandi(1987), Subh al-A‘shi fiSina‘ah al-Insha. Yusuf ‘AliTawil (ed.). Damsyik: Dar al-Fikr, CD al-Maktabah al-Shamilah.  

86Perkampungan suku Bayadah berhampiran Madinah, lihat dalam al-Ma‘mu‘ Sharh al-Muhadhazzaboleh al-Nawawi, CD al-Maktabah al-Shamilah

87Lihat al-Nawawi, al-Majmu‘ Sharh al-Muhadhdhab. CD al-Maktabah al-Shamilah, lihat nas asal: 

 KREDIT:

1. http://studentsrepo.um.edu.my   

2. Abdullah Mutazahhid

Share:

14 Comments

anakdenesor's bookshelf: read

Hungry Business
One of Us Is Lying
The Enchantress Returns
What Not to Do If You Turn Invisible
Sayap V
Self Love
The Light Jar
Claire's Apocalypse : A Zombie Science Fiction Horror Short Story
I Hope You Stay
2am Thoughts
365 Days of Wonder: Mr. Browne's Book of Precepts
Pendek Mabuk Gila
The Last Shimmer
Trilogi Ajaib #3: AKSARA


anakdenesor's favorite books »