Pakistani cuisine Bagh E Zaitoon

By anakdenesor - Februari 02, 2024

 

Lokasi:




Baru-baru ini AD menerima jemputan untuk ke Restaurant Bagh E Zaitoon ini. Restaurant ini bertempat di Kuala Lumpur dan dimaklumkan baru beroperasi selama 3 bulan. Namun yang menarik minat AD mengenai restaurant ini adalah decorasi dalamannya. Disediakan ruang untuk solat di sudut kedai dan penggunaan gelas kaca di bahagian pembuatan makanan. Sangat menarik, jadi pelanggan kedai boleh terus nampak process pembuatan makanan dilakukan. Hygine habis la.

Restauran ini dimiliki oleh encik Asif Saleem yang berasal daripada Pakistan. Menurut beliau, setiap chef yang diambil memiliki kepakaran dalam sajian mereka. Setiap juadah akan mempunyai chef yang berlainan bagi memastikan mutu sajian sama seperti rasa yang asal. Wah first time AD dengar restaurant yang begitu particular macam ni.

Jom kita lihat antara juadah yang sempat AD rasai.



White Chicken Karahi.

Ini antara specialist menu mereka. Yang menariknya, sajian akan dibuat berdasarkan permintaan pelanggan. Kiranya akan dapat masakan yang fresh la. Rasanya macam rendang, tapi berbeza. Rendang penuh dengan rasa rempah ratus yang kuat, tapi karahi ni rasa milky sikit tapi masih dapat rasa rempah tu.



Bhendi.

AD suka rasanya, bendi yang di saute dengan bawang menimbulkan rasa caramelize dan diberi peluang untuk melihat dengan mata sendiri process masakan juadah ini merupakan satu pengalaman baru.



Palak Paneer

Ini sebenarnya adalah tauhu yang digoreng. sedap bila dicicah dengan roti tau.


Naan


Kebab

Merasai sendiri masakan original Pakistan membuatkan AD begitu teruja. Kebab die sedap! sampai sekarang AD masih teringat tau. Kebab tu dimakan dengan sos special die, rasa macam manis madu dan diperah dengan perahan limau nipis. Manakala untuk minuman, AD tertarik untuk mencuba teh mereka. 
 


Semua nampak menyelerakan 




Jom kita layan video full untuk review Restaurant Bagh E Zaiton, subscribe dan like juga tau tanda support. Thanks!






  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. Sedap semua tuh nampak nya..saya belum pernah coba masakan Pakistan.

    BalasPadam
  2. sedapnya tengok! roti naan tu nampak rangup and freshhnyaa!

    BalasPadam
  3. Bikin lapar sudaaaa haha ...
    PH belum pernah rasa makanan Pakistan, mgkn bole try bila ada kesempatan nanti ...

    BalasPadam
  4. Naan so smilar Turkish pide, thanks for your sharing

    BalasPadam
  5. Teringin nak cuba White Chicken Karahi

    BalasPadam
  6. Masakan Pakistan ada beza dengan masakan mamak / India. Kita suka sangat makan kebab Pakistan.

    BalasPadam
  7. nampak menyelerakan sungguh masakannya..

    BalasPadam
  8. Looks like a wonderful restaurant with delicious food! Thank you so much for sharing!

    BalasPadam
  9. How fantastic! All of the food looks really incredible. So glad you were able to enjoy!
    the creation of beauty is art.

    BalasPadam
  10. Sedaaap nampak 😍😍😍🀀. Jadi teringin pula ke Pakistan πŸ˜„. Saya suka makanan kawasan timur tengah ini dan Kaukasus ini. Olahan daging mereka biasanya tip topπŸ‘. Juicy tapi berbumbu..

    BalasPadam