[MOVIE] Rahsia

By anakdenesor - Ogos 29, 2023

 


Barisan Pelakon

Nabila Huda sebagai Ramlah
Fikry Ibrahim sebagai Hamdan
Eman Manan sebagai Tan Sri Karim
Qistina Raisah sebagai Marina
Syed Ali Murtadha sebagai Saiful
Marsha Milan Londoh sebagai Melor
Rashidi Ishak sebagai Young Tan Sri Karim
Nu’man Salleh sebagai Pak Salleh
Iris Alessandra Alyssa sebagai Young Ramlah
Mislina Mustaffa sebagai Che Yah
Nabil Zakaria sebagai Bob
Aloy Paradoks sebagai Inspektor Hanif
Suhaid Mustakim Yahya sebagai Sarjan Azam
Othman Hafsham sebagai Ustaz Firdaus
Susan Lankester


Sinopsis

Ramlah, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Yang anehnya, Ramlah seorang sahaja yang melihat Saiful diculik oleh kelibat seorang wanita yang hodoh lagi menggerunkan.

Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya diambil orang. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu. Namun suaminya, Hamdan langsung tidak mempercayai kata-kata Ramlah, dan menganggap segalanya cuma halusinasi akibat tertekan dengan kehilangan Saiful serta keadaan ayah Ramlah yang sakit tenat.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut, dan merungkai rahsia disebalik kehilangan anaknya itu.

Rumusan

Heroin filem ini dibintangi oleh pelakon yang berbakat besar iaitu Nabila Huda yang memegang watak sebagai Ramlah (Ram)anak tunggal kepada Tan Sri Karim (Eman Manan). Kemunculan Eman Manan di dalam filem ini membuatkan AD begitu teruja. Filem ini telah dinobatkan sebagai filem seram pertama yang memenangi anugerah filem ke 7 tau. Bagi AD, filem ini mempunyai jalan cerita yang hebat cuma terdapat part yang sudah dijangka jump scare nya dan kenapa mesti part part seram tu berlaku ketika lampu terpadam, depa ni tak bayar TNB ke weh. Sikit-sikit lampu terpadam pastu jump scare, aduhhh stress mak. Permulaan cerita best, pertengahan slow dan pengakhiran tu boleh agak. Anyway AD terhibur.










  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. baca sinopsis best tapi sis jenis penakut nak tgk cerita seram macam ni..risau terbawak dalam mimpi...hehe...

    BalasPadam
  2. seram pulak tgk poster tu tp kalau nabila huda berlakon mmg best lah

    BalasPadam
  3. nurulhuda kalau brlakon seram mmg seram kan.. tgk poster pn dh takut

    BalasPadam
  4. Belum berkesempatan lagi nak tengok filem ni. Tapi yang cerita tu macam seram betul.

    BalasPadam
  5. Dah tengok, not bad...seram bila part dia ngn Jenazah bapaknya je tu..aduhhaii...

    BalasPadam