A New York Times best seller: Thirteen reasons why



Buku kali ini bertajuk Thirteen reasons why written by Jay Asher. Buku ini sudah 9 tahun berada dalam list New York best seller sehingga kini dan telah terjual sebanyak 2.5 million copies di US sahaja. Apa yang membuatkan AD memilih untuk membaca buku ini?Apa yang menarik sangat pasal buku ni?betul ke menarik sangat?

Tgh makan pon bace juga

 
Buku yang setebal 288 muka surat ini mengisahkan seorang remaja perempuan iaitu Hannah Baker yang membunuh diri nya sendiri. Tajuk buku ini, thirteen reasons why adalah 13 sebab kepada keputusan Hannah untuk membunuh dirinya sendiri.Hannah merakam suaranya dalam kaset..old skool bukan..(owh sebenarnya penulis mendapatkan idea ini semasa beliau menyertai pameran di muzium dimana setiap pelawat diberikan rekoder tape. Apabila berada di hadapan barang pameran pelawat akan menekan butang play untuk mendengar keterangan yang diberikan)

minum petang pula

13 sebab juga merujuk kepada 13 orang yang menyebabkan Hannah membunuh diri,yang lagi menariknya kaset tersebut akan di hantar kepada orang yang berada dalam list kaset tersebut dan orang yang terakhir menerimanya iaitu orang yg ke 13 akan menyimpan kaset tersebut.


“Every once in while you come across a book that you can’t get out of your mind, one you have to rush back to if you must put it down for some reason” (Ellen Hopkins,bestselling author of tricks,identical,crank,Burned,impulse and glass)

“it’s a brilliant debut that will leave readers feeling a sense of remorse for Hannah, guilt for clay and hope for the lasting lesson of the story.” (Bookazine)


Semua 13 orang yang berada dalam list Hannah juga menerima sekeping map, map mengenai bandar..okehh map?ada apa dengan map?dalam map tersebut Hannah ada menandakan tempat yang biasa hanna pergi,kenapa hanna pergi kesitu juga tempat dimana terjadi nya peristiwa yang Hannah rakamkan. Honestly bagi AD buku ini sangat berbaloi untuk dibaca..bg memahami jiwa sebenar anak remaja,kadang kadang tak ramai yang sedar perubahan kepada mangsa buli di sekolah moga dengan dedahan buku ini membuka mata agar sentiasa peka dengan persekitaran juga perlakuan anak anak remaja sekarang…mereka memerlukan pertolongan..kadang kdang kita tak sedar layanan kita terhadap mereka adalah punca utama kepada sesuatu yang mereka lakukan…

finish!


Share:

0 Comments

anakdenesor's bookshelf: read

Hungry Business
One of Us Is Lying
The Enchantress Returns
What Not to Do If You Turn Invisible
Sayap V
Self Love
The Light Jar
Claire's Apocalypse : A Zombie Science Fiction Horror Short Story
I Hope You Stay
2am Thoughts
365 Days of Wonder: Mr. Browne's Book of Precepts
Pendek Mabuk Gila
The Last Shimmer
Trilogi Ajaib #3: AKSARA


anakdenesor's favorite books »