[BR] Perempuan dari masa lalu ꘡Buku kali ini adalah bertajuk Perempuan dari masa lalu oleh Wafa Awla
Penulis: Wafa Awla
Penerbit: Jejak Tarbiah
Tahun Terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789671927458
Bil. Muka surat: 93 m/s
Format: Paperback
Harga: RM20.00
Berat: 0.07kg
Meninggalkan rumahmu,
setelah tak berjawab salamku di muka pintu.
Tapi rinduku masih di situ,
mengetuk bertalu-talu.
Perempuan dari Masa Lalu
membuka ruang kepada kita untuk mengenal apa itu kesunyian, dan
memahami perasaan yang wujud dalam setiap pertemuan dan perpisahan.
Ia
mengajar kita cara untuk melepaskan kenangan dan ingatan masa lalu —
tanpa perlu melupakan. Ia juga membuatkan kita untuk menanam harapan dan
menyiram rindu.
Naskhah ini, yang mengandungi 34 puisi dan
catatan, akan mengajak kita untuk meluahkan segalanya, tetapi dalam masa
yang sama merahsiakan. Ia akan memperkenalkan kita dengan bermacam
golak perasaan.
Selamat menikmati naskhah ini, dan selamat
berkenalan dengan perempuan dari masa lalu. Usah risau, dia tidak akan
pernah mendedahkan dosa-dosa anda, walau dia tahu semuanya. Dia cuma
mahu membebat luka dan kecewa, selain memujuk untuk anda menikmati hari
ini dan esok, sepenuh-penuhnya.
![]() |
Hiduplah dengan bahagia |
Tahukah anda, kajian yang dijalankan dan terbukti permainan komputer terutamanya yang melibatkan strategi sangat bagus untuk perkembangan otak anak anda. Cognitive flexibility bukanlah suatu yang statik, ianya boleh dilatih dan dipertingkatkan dengan alat pembelajaran yang menyeronokkan seperti game.
Jom check out here https://www.calculators.org/games/ antara lama web yang menyediakan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan.
Antara games yang mereka boleh main untuk meningkat penguasaaan math ialah MathBoy, Sinalgame, True number operator, crazy math game and many more. Permainan game tersebut semuanya memfocuskan kepada fungsi konsep Math seperti tambah, tolak, darap, dan bahagi. Semua permainan di website ini tidak memerlukan anda untuk sign in atau app installation. Best bukan.
Tak tahu game mana yang sesuai dengan tahap pembelajaran anak anda? jangan risau kerana di bawah description setiap game ada diletakkan indicator tahap kesukaran game (berapa star yang diberi). Jadi jika anak anda baru ingin mengenal fungsi tambah dan tolak and boleh cuba Sinal game.
Kalau anda yang dewasa ni nak cuba, boleh je tau.. banyak lagi permainan disediakan selain daripada math. Permainan yang AD paling suka ialah Chutes and Ladders board games. Terdiri daripada 2 mode yang anda boleh pilih. Normal mode atau baby mode (easy mode) Teringat masa kecil dahulu, main ni dengan kawan-kawan kat sekolah. Masa tu bukan papan tapi kertas A3 yang biasa je. Dilipat dua. Mengimbau kenangan betul.
Diharap dengan pengkongsian ini dapat menarik minat anak-anak untuk belajar Math. Pssttt ada ke geng suka main dam ular macam AD? Kongsikan di ruangan komen.😊😁
Betul ke gaji sikit tak boleh beli rumah? Kalau tak boleh beli sampai bila nak menyewa kan. Bayangkan umur dah 50 tahun tapi masih menyewa mestilah sedih kan. Bila umur yang sesuai untuk beli rumah? Rumit tapi semuanya bergantung kepada anda. Sebelum anda beli rumah terdapat beberapa faktor yang patut anda pertimbangkan. Jom kita lihat faktor tersebut.
TENTUKAN MATLAMAT ANDA UNTUK MEMBELI RUMAH
Banyak sebab kenapa anda ingin membeli rumah. Mungkin untuk pelaburan di masa hadapan. Mungkin juga kerana anda ingin menduduki rumah tersebut. Apa pon matlamat anda, anda kena bersedia dari sekarang.
i. Pastikan downpayment mencukupi
ii. Faktor jarak diambil kira. Contoh nya jarak rumah ke tempat keje, atau rumah ke sekolah anak-anak semuanya perlu dipertimbangkan. Yela kalau rumah ke tempat keje jauh kan dah menambah kos. Kos petrol lagi, kos toll lagi. Ingatkan dah beli rumah ni senang ke tempat keje, malahan makin lambat haa jangan tau adik-adik.
iii. Tahu segala hidden kos beli rumah - Cukai & Maintenance rumah, duti setem, MOT
Ini penting juga. Kalau beli rumah Apartment kena tahu maintenance monthly rumah tersebut. Kalau anda sewakan rumah kena ada duit tepi untuk segala kerosakan daripada penyewa belum lagi kes penyewa tak bayar bil sampai kene potong..takpe yang itu lain cerita. Jangan ingat dah beli rumah boleh bersenang lenang..iya tapi ingat, lepas dah ade rumah, Cukai tanah, cukai pintu kena bayar tau.
Anda boleh cek disini https://www.mortgagecalculator.uk/ kadar bayaran bulanan rumah serta yearly capital dan interest breakdown.
Sangat detail. Sesuai sangat untuk anda yang ingin tahu jumlah bayaran dan kadar interest yang dikenakan. Duti setem dan MOT pula ditanggung oleh pembeli tau..tapi sekarang goverment ada juga jalankan kempen free duti setem.
FAHAM BAGAIMANA BANK MEMBERI KELAYAKAN PINJAMAN
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pertimbangan bank untuk memberi loan kepada kita. Anta faktor tersebut ialah:
- DSR
- Net disposable income
- Ada skor kredit yang bagus
- pendapatan bersih
Pendapatan bersih adalah penting untuk menentukan range harga rumah yang kita layak untuk miliki. Macam mana nak kira? Okay senang je, pendapatan kasar yang kite dapat tolak segala komitmen yang kita ada. Katakanlah gaji rm2500 tolak komitmen bulanan kita. Contohnya ada kereta RM800 jadi selepas ditolak baki RM1700. Jadi itulah pendapatn bersih yang kita ada. Kalau boleh pinjaman anda hendaklah tidak melebihi 1/3 gaji kasar.
Jadi bilakah waktu sesuai untuk membeli rumah? Jawapan nya mudah, bila anda rasa bersedia dan mempunyai wang downpayment yang secukupnya serta wang tambahan untuk kecemasan jadi anda patot pertimbangan untuk membeli rumah.
Jadi bagaimana? Anda sudah bersedia untuk membeli rumah? Jom share pengalaman anda membeli rumah di komen.