Nongsa Neptune Regatta 2019 saksi kepada keindahan kepulauan Riau, Indonesia
By anakdenesor - Februari 18, 2019
Nongsa Neptune Regatta 2019 | Kepulauan Lingga,Indonesia, Desa Batu Belubang menjadi saksi kepada acara Nongsa Neptune Regatta 2019. Ianya merupakan perlumbaan kapal layar yang terbesar di Dunia! dan merupakan satu satunya perlumbaan yang melintasi garisan khatulistiwa. Perlumbaan pelayaran ini bermula dan juga tamat di Nongsa Point Marina pada latitude (N 01 °
11'.86 "& E 104 ° 06'.00").

Terdapat beberapa kategori bagi perlumbaan ini iaitu pedigree yacht, motor yacht dan family cruiser yacht. Pertandingan ini bersaksikan keindahan daripada kehijauan warna laut serta panorama yang pastinya memikat jiwa para yatcher. Pada kali ini, penduduk desa Batu Belubang telah diberi kesempatan untuk mengendalikan upacara perasmian pada 7 Februari 2019 bagi meraikan para sailing yang terdiri daripada beberapa negara seperti Kanada dan Australia.
Acara dimulai dengan paluan kompang sepanjang laluan jeti sebagai simbolik menyambut kedatangan mereka. Acara diteruskan dengan bacaan doa agar majlis tersebut diberkati diikuti dengan kata-kata aluan daripada Kepala Dinas Pariwisata, Kepemudaan dan Olahraga Kabupaten Lingga, Raja Fahrurazi. Seterusnya mereka dipertontonkan dengan persembahan seni silat daripada warga desa Batu Belubang. Tujuannya ialah ingin mendedahkan para pelayar dengan adat resam dan budaya kerajaan Lingga Riau seluas yang boleh sesuai dengan peribasahasa "Biar mati anak,jangan mati adat"
Tarian tradisional lebih dikenali sebagai tarian menyambut tetamu menyusul setelah persembahan seni silat. Tarian ini dipersembahan oleh anak cilik warga tempatan, walaupun masih di awal usia namun persembahan daripada mereka seakan sudah lama berkecimpung dalam bidang tarian ini, ternyata benarlah adat resam masih terpelihara di bumi Lingga.
Bagi memastikan acara perasmian ini mendapat liputan yang meluas, para media daripada Indonesia, Malaysia dan Singapura juga dijemput hadir. Ternyata kehadiran para media yang berbilang negara memeriahkan suasana di majlis tersebut. Para pelayar dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan, ikan bakar jebong beserta air kelapa antara juadah yang disediakan. Ternyata ada segelintir para pelayar yang mempunyai citarasa seperti kita, sukakan pedas kerana AD sempat bersapa mesra dengan mereka.
Setelah menjamu selera para tetamu berpeluang untuk menyertai acara joget sebelum mereka dibawa mengelilingi kawasan kampung dan melakukan aktiviti bersama penduduk tempatan seperti perlawanan sepak takraw dan volley ball.
Memetik kata ulasan daripada Kepala Dinas Pariwisata, Kepemudaan dan Olahraga Kabupaten Lingga, Raja Fahrurazi "Perjalanan mereka ini sangat strategik sekali bagi perkembangan para wisata kg batin lingga kerana kg batin lingga ini dulunya merupakan central kerajaan melayu Riau lingga, Johor, Pahang. Jadi Singapore, Malaysia dan Johor itu adalah sebahagian daripada Lingga itu sendiri. Jadi sekarang ini bagaimana caranya seperti kata pepatah "Pinang balik ke tampuk,sirih balik ke ganggang"Semua zuriat yang berasal daripada Riau Lingga ini dapat berkunjung dan kembali untuk melihat bonda tanah melayu yang terkenal dengan pantun nyaPulau pandan jauh ketengah,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.