http://www.shfyqhazhr.com/2019/02/giveaway-time-giveaway-snack-kintryco.html 

HADIAH : 1 set snack (4 perisa) daripada Kintry.co x1
TARIKH GIVEAWAY ;
BERMULA 28 FEBRUARI 2019 - 7 MAC 2019
Kepulauan Riau, Kepri terkini | Bermula 6 Feb hingga 9 Feb yang lepas AD berkesempatan untuk meneroka Pulau Lingga yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Penglibatan AD ke pulau tersebut adalah atas undangan untuk majlis perasmian Nongsa Neptune Regatta sail to Lingga 2019. Ada AD ceritakan di post yang sebelum ini,klik sini. 


Namun yang uniknya perjalanan AD pada kali ini ialah menggunakan jalan laut sebagai sumber pengangkutan utama, masih macam biasa wajib mempunyai passport ya. Bayangkan perjalanan yang mengambil masa berjam semestinya membuatkan perut memanggil manggil meminta untuk diisi. Setelah sampai di Pulau Batu belubang kami disambut oleh tuan rumah iaitu Pak Hasnan dan Ibu dewi serta dihidangkan juadah tengah hari. Penduduk kampung ini masih mengekalkan tradisi bergotong royong bagi menyediakan juadah kepada para tetamu (kami)
credit to Bams
Keindahan Lingga bukan hanya pada pasir pantai yang memutih bahkan pada kehijauan flora yang masih terjaga hingga saat ini. Jesteru itu mai bersama AD bagi mengupas tempat tempat yang menarik untuk dilawati di kepulauan riau Lingga ini.

1.Desa Batu Belubang


Desa Batu Berlubang yang memang terkenal dengan desa yang bersih malahan sudah beberapa kali memenangi gelaran desa yang terbersih. Desa ini mendapat nama desa batu belubang berdasarkan batu nya yang berlubang di tengah tengah.


2.Air Terjun Resun

Tahukah anda masih terdapat air terjun yang terpelihara daripada sebarang pembangunan. Air terjun ini berada di bahagian utara Pulau Lingga. Diberi nama sebagai Air terjun Resun. Air terjun Resun ini mempunyai sudut kemiringan 45 darjah dan dianggaran berukuran 100 meter panjang membuatkan air tidak terus mencapai ke dasar air terjun sebaliknya mengalir di dinding landasan yang berbatu. Merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi setelah berpenat lelah seharian. Airnya yang sejuk membuatkan anda segar selepas aktiviti bermandi manda.

3.Masjid Jami'Sultan Lingga

Tidak lengkap rasanya perjalanan anda jika tidak singgah di masjid lama yang menyimpan seribu satu memori.  Mssjid ini yang masih  mengekalkan rekabentuk yang asli dan diselinggara dengan baik. merupakan Masjid yang tertua di kota Daik ini. Alangkah ruginya jika tidak melawat masjid ini.

4.Istana Damnah


credit to bebelancikmin untuk foto
Bagi penggemar sejarah, anda harus datang ke tapak objek wisata situs Istana Damnah,Kabupaten Lingga. Diceritakan dulu bahawa Istana Damnah ini adalah tapak asal istana yang telah dipindahkan oleh Sultan Mahmud Shah III daripada Bintan ke Daik.  Di sebelah bahagian tinggalan tapak tersebut dibina replika istana ini bagi memudahkan para pelancong untuk mendapat gambaran mengenai istana ini.


5.Pemandian Lubuk Ppan

Berhampiran dengan istana Damnah, terdapat kawasan riadah yang bernama Wisata Pemandian Lubuk Papan. Terdapat sejarah yang mengatakan kawasan ini dahulunya menjadi tempat Sultan memandikan kudanya. Ada yang menyatakan juga bahawa petua untuk awet muda ialah dengan meminum air daripada sungai tersebut.




6.Musium Linggam Cahaya



Ingin melihat koleksi tinggalan sejarah? Maka ini lah tempatnya. Musium ini mempunyai 2 tingkat. Bahagian bawah dipenuhi dengan artifak barang lama serta sejarah melayu, manakal bahagian atas pula dipenuhi dengan haiwan pra sejarah yang menjadi daya tarikan utama disini. Unik sangat, anda pasti teruja melawat musium ini. Anda juga boleh melihat kewujudan gunung daik di bahagian luar musium ini.



Namun gunung daik yang dahulunya bercabang tiga kini hanya tinggal dua sahaja, seperti yang diriwayatkan gunung Daik ini mempunya tiga cabang iaitu Daik,Pejantan dan Cindai. Diceritakan sebelum gunung Daik ini patah menjadi 2 cabang sahaja, Puncak Cindai akan meratap menagis sehinggalah tagisan tersebut tidak lagi kedengaran setealah puncaknya patah, setelah itu penduduk sekitarnya menggelarnya sebagai Puncak cindai menagis.

7.Pantai Pasir Panjang Karang bersulam




Keindahan pantai ini yang memukau..bersih dengan air yang kebiruan warnanya. Amat mendamaikan hati bagi yang melihatnya. Ditiup angin pantai membuatkan hampir terlena.

8.Pulau Pancur



Merupakan sebuah perkampungan air. Jalan air menjadi sumber utama mereka untuk kemana sahaja. Apa yang dapat ku simpulkan disini ianya merupakan perkampungan yang sangat sederhana. Perkampungan ini juga lengkap dengan pos polis tau. Diharapkan dengan post ini sedikit sebanyak memberi anda idea mengenai tempat yang boleh dilawati ketika di kepulauan Riau Lingga




Photography workshop Last sunday I was  attending a photography workshop. Actually I got an invitation from a friend about the workshop and after a few days thinking bout that then I decided to tag along with her..memandangkan AD mmg suka foto so why not kan. Bengkel ini diadakan di Photobook HQ di bangsar. Suka sangat dengan environment kat situ. Chill je rasa.



Honestly, banyak sangat perkara yang AD belajar pada workshop tersebut. Terdapat 3 speaker pada hari tersebut. Each of them sharing something different, but most important thing yang AD akan ingat ialah tentang self development ataupun self care, and rebranding. Workshop ini bukan lah teknikal semata(which means cara nak tangkap gambar,contrass, editing) tapi more to love ourself,taking care of yourself.

For the first speaker,Barry Ong, he talks about Exhibiting your work. For those yang dah lama dalam bidang fotografi  mungkin sudah tiba masanya anda melakukan exhibition. Beliau berkongsi cara
  • bagaimana hendak memulakan exhibition
  • berapa banyak gambar yang perlu dipamerkan
  • macam mana nak mencari gambar yang bersesuaian untuk dipamerkan
  • bagaiman nak mendapatkan vanue yang sesuai
Participant yang hadir pada hari tersebut kebanyakan nya mempunyai pengalaman around 5 hingga 10 tahun pengalaman dalam bidang foto..ada yang sampai 20 tahun,30 tahun..hebat bukan, yeala AD bukan lah dari bidang foto tetibe terjebak sekali..heheh. Meanwhile untuk speaker yang ke 2 pula iaitu Paul Kong, beliau berkongsi mengenai "The business of Fotography" menarik kan dengar. Disini beliau menerangkan cara mengembangkan bisnes foto hingga ke luar negara dan berkongsi pengalamannya mengadakan photo shoot di negara eropah.

Manakala speaker yang ketiga ialah Patrick Low. Beliau berkongsi cerita bagaimana untuk mempromosikan business foto, new era strategy, dan juga personal development..antara pengkosian yang AD suka ialah mengenai overcomes your fear..you have to DEAL with it in order to success. Motivation sangat kan..heheh.




Harapnya dengan pengalaman ini boleh la AD menambah skill foto AD. jumpa lagi di next post!


Photography workshop

by on Wednesday, February 20, 2019
Photography workshop |  Last sunday I was  attending a photography workshop. Actually I got an invitation from a friend about the ...
Nongsa Neptune Regatta 2019 | Kepulauan Lingga,Indonesia, Desa Batu Belubang menjadi saksi kepada acara Nongsa Neptune Regatta 2019. Ianya merupakan perlumbaan kapal layar yang terbesar di Dunia! dan merupakan satu satunya perlumbaan yang melintasi garisan khatulistiwa. Perlumbaan pelayaran ini  bermula dan juga tamat di Nongsa Point Marina pada latitude (N 01 ° 11'.86 "& E 104 ° 06'.00").


  

 Terdapat beberapa kategori bagi perlumbaan ini iaitu pedigree yacht, motor yacht dan family cruiser yacht. Pertandingan ini bersaksikan keindahan daripada kehijauan warna laut serta panorama yang pastinya memikat jiwa para yatcher. Pada kali ini, penduduk desa Batu Belubang telah diberi kesempatan untuk mengendalikan upacara perasmian pada 7 Februari 2019 bagi meraikan para sailing yang terdiri daripada beberapa negara seperti Kanada dan Australia.



Acara dimulai dengan paluan kompang sepanjang laluan jeti sebagai simbolik menyambut kedatangan mereka. Acara diteruskan dengan bacaan doa agar majlis tersebut diberkati diikuti dengan kata-kata aluan daripada Kepala Dinas Pariwisata, Kepemudaan dan Olahraga Kabupaten Lingga, Raja Fahrurazi. Seterusnya mereka dipertontonkan dengan persembahan seni silat daripada warga desa Batu Belubang. Tujuannya ialah ingin mendedahkan para pelayar dengan adat resam  dan budaya kerajaan Lingga Riau seluas yang boleh sesuai dengan peribasahasa "Biar mati anak,jangan mati adat" 

Tarian tradisional lebih dikenali sebagai tarian menyambut tetamu menyusul setelah persembahan seni silat. Tarian ini dipersembahan oleh anak cilik warga tempatan, walaupun masih di awal usia namun persembahan daripada mereka seakan sudah lama berkecimpung dalam bidang tarian ini, ternyata benarlah adat resam masih terpelihara di bumi Lingga.





Bagi memastikan acara perasmian ini mendapat liputan yang meluas, para media daripada Indonesia, Malaysia dan Singapura juga dijemput hadir. Ternyata kehadiran para media yang berbilang negara memeriahkan suasana di majlis tersebut. Para pelayar dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan, ikan bakar jebong beserta air kelapa antara juadah yang disediakan. Ternyata ada segelintir para pelayar yang mempunyai citarasa seperti kita, sukakan pedas kerana AD sempat bersapa mesra dengan mereka.  


Setelah menjamu selera para tetamu berpeluang untuk menyertai acara joget sebelum mereka dibawa mengelilingi kawasan kampung dan melakukan aktiviti bersama penduduk tempatan seperti perlawanan sepak takraw dan volley ball.

Memetik kata ulasan daripada Kepala Dinas Pariwisata, Kepemudaan dan Olahraga Kabupaten Lingga, Raja Fahrurazi "Perjalanan mereka ini sangat strategik sekali bagi perkembangan para wisata kg batin lingga kerana kg batin lingga ini dulunya merupakan central kerajaan melayu Riau lingga, Johor, Pahang. Jadi Singapore, Malaysia dan Johor itu adalah sebahagian daripada Lingga itu sendiri. Jadi sekarang ini bagaimana caranya seperti kata pepatah "Pinang balik ke tampuk,sirih balik ke ganggang"

Semua zuriat yang berasal daripada Riau Lingga ini dapat berkunjung dan kembali untuk melihat bonda tanah melayu yang terkenal dengan pantun nya

Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.