New year's resolutions - 2022

New year's  resolutions - 2022 ꘡ Goodbye 2021, Hello 2022. Macam-macam berlaku pada tahun lepas tapi yang paling AD tak boleh lupa ialah bila perumahan AD pon turut kena banjir. AD cuti December lepas jadi memang pulang la ke kampung. Kawasan perumahan AD tu tinggi juga tau kawasan nya. Biasanya klo banjir pon air takkan naik ke kwsan kami, tapi kali ni terkejut AD, penangan hujan tanpa henti 3 hari, air naik mendadak. boleh dikatakan 20% je selamat di perumahan AD ni. Alhamdulillah AD terselamat tapi memang tido tak lena sbb risau air naik ke rumah pulak. Kami memang dah terkepung. Api pulak 3 hari berturut xde..Tidur la dalam kepanasan, masak nasi pon atas dapur.

Selepas banjir pulak harga makanan mencanak naik, dah tu sumber makanan susah nak dapat. Mujur la AD sempat restock sebelum banjir. Memang pengalaman pertama bagi AD la. Masa tu dok pk kereta je, harap Romeo(kereta) selamat la.

Yang ni air ni dah nak menuju ke rumah AD dah

Dewan ni adalah PPS untuk kawasan AD tau, tenggelam juga..dalam tu sebenarnya.


  
tadika ni pon tenggelam sekali ha.



THIS YEAR I WILL...

Start a new habit :🌺 Workout at least 3x seminggu. 

                                🌺 Mengaji setiap hari walaupun surah pendek

Read a good book:🌺Goodreads goal tahun ni 80 buah  buku. (current read: 5/80)

Learn a new skill: 🌺 AD plan nak belajar buat kek pula. 

Break a bad habit:🌺 AD selalu delay untuk update IG bookstagram dengan Blog. Harap lepas ni

                                      no more delay lah.

Itu jelah yang sempat AD fikir buat masa sekarang. Kene consistant at least 3 bulan untuk dijadikan habit baru. So apa pula new year resolutions untuk anda? Meh la share skit.


 

Share:

28 Comments

  1. INSYA ALLAH AZAM TERCAPAI..MMG TERUK BANJIR TAHUN NI KAN SAMPAI PPS PUN TENGGELAM SIKIT ALHAMDULILLAH AD N FMILI SELAMAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan sikit kak, dalam sampai syiling..dalam gambar nmpk je mcm tak dalam..actually tenggelam dah tu

      Padam
  2. Semoga ALlah memberi rezeki yang lebih baik untuk tahun ini buat AD. stay safe selalu AD. :)

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru AD!
    Moga semuanya baik-baik belaka utk kita di tahun 2022 ni aamin

    BalasPadam
  4. selamat tahun baru...moga semuanya dipermudahkan..in sya Allah
    moga yg baik2 saja utk kita semua..aamiin!

    BalasPadam
  5. Happy new year; wishes hapiness and healty...

    BalasPadam
  6. moga tercapai dan terlaksana resolusi dan azam,,,,

    BalasPadam
  7. Happy New Year! This is the perfect time to set goals for the year ahead :)
    the creation of beauty is art.

    BalasPadam
    Balasan
    1. definitely! hahah new beginning for all of us

      Padam
  8. sempat lagi kn wish selamat tahun baru AD!!!

    BalasPadam
  9. Allahu...
    Semoga tahun baru ni lebih baik dari yang sebelumnya & semoga sentiasa dlm rahmat & redha Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminnn..moga kebaikan sentiasa berada bersama kita

      Padam
  10. tak tahu pulak AD terjejas jugak. Semoga dipermudahkan urusan ye. Semoga AD berjaya capai semua azam tu hehe happy 2022 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kali ni terkena pula..aminnnn happy new year to u too farhana

      Padam
  11. Selamat tahun baru 2022 AD. Semoga segala impian tercapai tahun ni inshaAllah aminn..

    BalasPadam
  12. Semoga tahun 2022 lebih baik daripada tahun lalu.

    Tengok denesor tu, teringat yang viral kat tiktok tu. Roar my dragon roar.. hahaha

    BalasPadam
  13. semoga di berikan rahmat senantiasa.. aminn

    BalasPadam
  14. my resolution nak dapat kerja baru je. tu top of the list. happy new year btw!

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh..keje skrang tak best ea..takpe masih ada masa cari kerja baru..insyaallah moga tercapai hajat..happy new year too dear

      Padam

Dino Colony

Translate