Zimam:Tragedi Transasi #24

By anakdenesor - Mei 31, 2021

 


Title:

Zimam:Tragedi Tansasi

Penulis: Talhah Wasabi

Publisher: The Book Surgeon Enterprise

Format: Paperback

Page:309


Diapit musuh misteri, Zimam terus diburu dengan sabitan pembunuhan demi pembunuhan. Kes-kes berderetan yang memalit darah pada namanya mendesak Zimam, Razzi dan Hilmi merancang serangan balas kepada penyerang.

Hujanan ujian dalam langkah kehidupan sebagai seorang penyiasat bagai memaksa Zimam merubah pendirian. Apakah yang akan dilakukan oleh anak muda beraliran syadid ini? Dapatkah diruntuhkan pegangan diri seorang Zimam sedangkan dia diasak dari segenap penjuru?

ADAKAH LABEL SEKADAR LABEL.....ATAU SEBENARNYA TERTANAM MAKNA SEBENAR DI DASAR?


Thank You so much untuk naskah ini

Mengisahkan mengenai seorang detective Islamic iaitu Zimam yang digelar sebagai Detective of the year ekoran rekod beliau yang cemerlang dalam menyelesaikan kes-kes  pembunuhan yang rumit. Namun, kata gelaran yang diberikan bukan lah semudah itu untuk disandang. Setiap kejayaan yang ditempuhi oleh beliau memerlukan pengorbanan tetapi cabaran yang diterima kali ini lebih hebat sehingga mencabar kewaran akal fikiran beliau. Mampukah beliau untuk kekal tenang menghadapinya?  

Ini merupakan buku pertama yang AD baca dalam bahasa ibunda yang bertemakan detective jadi AD tak tahu apa yang patot AD expect, tetapi tidaklah wajar jika nak dibandingkan buku tempatan kita dengan penulis seperti Stephane king kerana bagi AD setiap penulis itu mempunyai kelebihan dan genre yang berbeza.

Here my thoughts:

As we know a good mystery book would have five essential elements of a mystery. The five elements are:

  • Crime
  • Detective
  • Suspects
  • Clues
  • Solution

 

Ternyata buku ini lengkap dengan kelima elements misteri yang dinyatakan diatas. Namun adakah ianya berbaloi untuk dibaca? Permulaan kisah buku ini dengan plot dimana Zimam  menerima panggilan misteri yang bernada sinis memperlekehkan amalan Ziman yang sentiasa bangun pagi untuk bertahajud sekaligus meyindir agama Islam itu sendiri. Wah mengundang kontroversi sungguh, ini membuatkan AD tak sabar untuk menyelak halaman seterusnya. 

 

Buku ini merupakan fast paced reads yang tidak akan membuatkan anda bosan untuk membacanya. AD hanya mengambil masa 2 hari untuk menghabiskan buku ini kerana setiap debaran dan persoalan yang membuatkan AD tidak senang duduk sehinggalah AD menamatkan pembacaan buku ini. Perkembangan setiap plot secara teratur, tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat and twisted plot di pengakhiran cerita walaupun AD agak tidak setuju dengan pengakhiran cerita ini.

 

Entah mengapa perwatakan Ziman ini sekali imbas membuatkan AD terbayang akan perwatakan penulis ini sendiri mungkin kerana appearance penulis itu sendiri yang AD rasakan begitu dekat dengan watak utama ni. Ziman tidaklah berseorangan dalam menyelesaikan misi yang mencabar. Beliau ditemani dengan rakan- rakan yang tidak sesekali akan berpaling tadah kepadanya. Begitu kuat erti persahabatan yang ditonjolkan disini, tetapi pengulangan kata- kata yang menggambarkan mengenai kepentingan ukhwah yang baik diantara teman itu diulang berkali kali menyebabkan AD berasa annoying (maaf penulis). AD faham konteks ayat yang berulang kali disebut kerana ingin memberi penekanan bahawa sesuatu situasi itu adalah penting tetapi jika diulang banyak kali ianya menganggu pembacaan AD. Antara karakter yang ditonjolkan disini, AD minat dengan perwatakan 2 karakter ini iaitu Detektif Syed kerana integrity nya yang tinggi dan takkan sesekali mengkhianati negara dan juga bangsa. Salute! 

Tidak lupa juga dengan karakter yang menarik minat AD sejak dari awal lagi iaitu rakan karib Zimam, Hilmi. Kemahiran Hilmi menggunakan panah seperti Jemmy Renner (Hansel & Gretel) awwww  perwatakan nya yang slumber membuatkan AD seringkali tertunggu tunggu kemunculan watak Hilmi dalam buku ini.   

Setting of the story tidak pula diberitahu tahun berapa tapi berdasarkan pengamatan AD ianya berkisar mengenai tahun semasa. Terdapat persamaan yang agak cliché mengenai perwatakan antagonist di dalam cerita ini dimana penglibatan Menteri besar yang mempunyai agendanya tersendiri yang membunuh seorang wanita demi menutup kesalahan yang dilakukan nya (sound familiars right) 

Seperti yang AD katakan diatas tadi AD tidak bersetuju dengan pengakhiran cerita ini kerana AD rasakan ending nya yang tergantung,yang bawah makin ditindas, yang berkuasa makin berkuasa. Mungkinkah akan ada siri yang ke 2? Mungkin kah Miss G akan memilih Islam sebagai agama rasmi beliau? Apakah yang terjadi kepada Miss G selepas berakhirnya misi membalas dendam beliau? Dan tidak lupa juga bilamana Zimam berada di bilik penjara 1865. Adakah Zimam sememangnya berseorangan atau bersama dengan orang tua. Adakah orang tua tersebut adalah cebisan kesedaran dalam diri Ziman yang dicetuskan di minda separa sedar Zimam?

Kesimpulannya,buku ini sememangkan mempunyai mesej yang kuat untuk disampaikan kepada semua. Janganlah kita sesekali hilang kepercayaan kepada ALLAH diatas ujian yang ditimpakan keatas kita. Penulis banyak membuat research sebelum menulis buku ini. Dapat dilihat dengan details penerangan di muka surat 208 yang berkisar mengenai paracetamol sahaja serta dilampirkan mengenai rujukan new age movement. Begitu banyak yang AD dapat pelajari mengenai fakta walaupun buku ini adalah fiksyen. Gigih AD search New Age Movement tau, nak tahu agenda, sejarah semua. Rasanya dah lama tak baca buku yang begitu berinfomasi seperti ini. 

Jika anda hendak dapatkan buku ini boleh contact 01128401781 (Zaidy) 

 

Overall AD bagi 4 bintang!  

 


 

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. What a nice post:) thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. baca review AD ni, buat rasa macam nak baca lah buku ni... sounds interesting..

    BalasPadam
  3. Wow, this sounds like an incredible book! It is always impressive when a lot of research went into the writing process. And any book that grips you so much that you devour it in a few days is certainly the sign of a great novel!
    the creation of beauty is art.

    BalasPadam
  4. tebal bukunya tu n menarik ulasannya

    BalasPadam
  5. Membaca jambatan ilmu. Semoga bacaan ini memberi manfaat.

    BalasPadam
  6. Wow buku detektif versi melayu.. Menarik nie..

    BalasPadam