MamaPapa Chalet ⎸Bertempat di Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang. Merupakan perfect place for weekend gateaway bagi anda yang inginkan suasana desa, dingin air sungai dan udara yang segar bebas daripada pencemaran.
Ini adalah percutian pertama AD selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan. Perjalanan menuju ke Janda Baik ini lebih kurang sejam setengah daripada kampung AD. Masa AD pergi ni ada less untuk harga bilik. AD ambik 2 bilik yang bersambung sebab datang dengan family kan, agak luas la bilik tu, cumanya kedudukan plug bagi AD tak strategik..too high, nak masak keetle pon payah dan cord keetle too short tak sampai klo nak letak atas meja, other than that ok je semua. Owner chalet islam so kebajikan ibadah di utamakan, dalam bilik disediakan sejadah dan penanda arah kiblat.So xde la kita terkial kial cari arah kiblat kan.
Jika anda nature lover, tempat ni mmg sesuai sekali untuk anda. Kedudukan sungai yang berada di belakang chalet, bukak pintu je terus nampak sungai tau AND sungai yang masih terpelihara daripada pencemaran, jernih dan dingin sekali air nya. Bila berendam confirm rasa taknak naik atas dah.
BBQ pit juga disediakan disini..jadi anda boleh BBQ, arang disediakan anda cuma perlu sediakan bahan untuk BBQ sahaja dan tiada caj tambahan untuk BBQ. Best kan! So apa lagi, perap ayam sesiap sebelum bertolak kesini..lagi lama diperap lagi mesra rasanya..lagi sedap la gituw.
Tudia orang kuat malam BBQ.
Keesokkan nya baru AD bermandi manda disebabkan kami sampai agak lewat petang, jadi tak dapat mandi pada hari pertama tu. Sebelum mandi sempat juga la berjalan jalan disekitar kawasan kg mencari breakfast..kami tak mabik pakej breakfast sekali dengan penginapan.
Sempat lagi tu bergambar tengah jalan. Food pon dah settle, so tunggu apa lagi, tak sabar nak mandi ni
Jom view youtube untuk melihat keindahan kawasan ni.