Dunia tidak adil atau kita yang kurang bersyukur?

Dunia tidak adil atau kita yang kurang bersyukur?꘡Ternyata Manusia sememangnya yang memiliki kepelbagaian emosi. Apa lagi jika sesuatu yang kita harapkan belum sesuai dengan yang kita dapatkan. Maka kenyataan "Dunia ini tidak adil"seringkali terungkap. 

Bukan tidak bersyukur tetapi manusia mudah lupa. Lupa bahawa perjalanan hidup ini yang ditentukan oleh yang berkuasa, ALLAH. Jika apa yang dikehendaki ditunaikan, maka keyakinan terhadap NYA makin bertambah, tetapi jika tidak dapat apa yang dihajati mula lah keluh kesah kedengaran. "Dunia ini tidak adil"

Ujian yang datang adalah pengukuh iman, penguat sanubari. Namun kita seringkali menyalah ertikan. Aku juga rasa begitu kadang kala. Rasa tidak adil diperlakukan sebegitu, tetapi sedangkan jika dilihat di sebalik apa yang berlaku ada hikmahnya. Moga imanku selalu terpelihara daripada bersangka buruk terhadap sesuatu yang berlaku.

Rasa kehadiran selama ini tidak diperdulikan. Rasa disiakan sebegitu, bila kaki nekad melangkah pergi maka semuanya bertukar 360 darjah. Maaf ini bukan kisah cinta. Bukan kisah setia pada lelaki. Tetapi kisah kerjaya seorang "Librarian" Seringkali berlayar tanpa nahkoda, melawan arus laut yang bergelora yang somehow, somewhat at the end of the journey sentiasa mampu sampai ke daratan dengan selamat.

Seringkali tidak diendahkan, menjerit sekuat hati bagaimana pun suara hati tidak didengari, usaha keras tidak dihargai, maka hati nekad, kaki mula melangkah pergi.

Entah, bila setia tak dihargai, buat apa masih menagih kasih.  Kesetiaan 8 tahun disiakan begitu saja. Aku seringkali tertanya tanya..dunia ini tidak adil atau aku yang kurang bersyukur? Aku yakin sesuatu yang terjadi bersebab. Akan ada hikmahnya yang menyusul. Insyaallah.

Nak marah tapi kena sabar..rasa nk marah tapi kena sabar..haishh. Rasa macam kisah aku sama pulak dengan buku Fangs a Lot. Click SINI kalau nak baca review

*Menghitung detik untuk pergi selamanya



anakdenesor

Hi, I’m AD. I'm a high heels librarian and part-time blogger. I love art as much as I love food. LOL.

7 Ulasan

  1. May Allah ease everything for you & may He gives you strength & patience 🤗

    BalasPadam
  2. syukur tu bersyukur juga tapi jangan sampai salahkan diri sendiri sepenuhnya sebab yang buat palat tu orang lain haha be strong tau for whatever problems you're facing right now. take care jugak tauuuu *virtual hugs*

    BalasPadam
  3. tu la pasal..geram..sabar da sampai limit dah..so akhirnya kita bai bai jela kat company nih

    BalasPadam
  4. SELAGI BOLEH BUAT PILIHAN..MEMILIHLAH

    BalasPadam
  5. semoga ada rezeki di tempat lain.. aaminn.. rezeki allah luas

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan segala urusan., aminn

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama